Kejap je lagi~

Salam semua..

Kejap je lagi nak masuk tahun 2011.. Rasenye tahun 2010 ni macam sekejap je.. Macam2 yg berlaku sepanjang tahun ni.. Ada azam aku yg tercapai (Alhamdulillah) & ada yg tidak.. Walau apa pun akan ku cuba untuk laksanakannya tahun hadapan.. InsyaAllah..

Dah pasang azam baru? Mesti mcm2 kan.. Aku pun ada jugak.. Tapi takmo bgtau.. hehe~ Apa yg penting, nak tinggalkan segala kesedihan tahun ni.. Semoga tahun depan lebih ceria & lebih bermakna..

Selamat datang 2011!!



Kepada bloggers & followers, aku doakan kalian berjaya & semoga tercapai azam untuk tahun 2011 ni.. (^_^)
Category: 0 comments

Emosi sana sini..

Salam semua...

Hari ini mood aku weng sikit.. "Biasalah perempuan.." (Itu jela pun yg slalu semua org dok ckp..huhu) Tapi sejujurnya mmg hari ni aku agak beremosi sikit.. Macam-macam perkara yg menerjah dlm kotak fikiran aku.. Lepas satu.. satu.. Cuba nak buang jauh-jauh tapi degil.. Asyik dtg jugak.. Terasa sesak nafas sebenarnye..

Aku sesak nafas dengan soalan dr mulut org ramai yg bertanya "Bila nak kawen?" "Dah ada calon belum?" "Umur dah meningkat tu.." "Memilih sangat kot.." Mula-mula bolehla sekadar senyum je.. Lama-lama naik muak jugak.. Tapi, aku xdela salahkan mereka-mereka yg bertanya untuk ambik berat.. Tapi serius aku dah bosan.. Sedih pun iye jugak sebenarnye.. Manakan tidak, kalau aku ni lelaki takpe kot.. Ini pompuan, lagila org sibuk bertanya.. Selama ni aku cuba untuk tak mahu memikirkan sangat.. Aku yakin dgn rezki yg Allah nak bagi.. Dengan mcm2 kes rumah tangga yg berlaku kat Malaysia skrg ni.. Perkahwinan tu dah jadi bende mainan.. Tak maula kawen tu sbb usia dah lanjut so, rembat jela sesapa pun.. Ish, mn boleh!

Kenela tau latar blkg orgnye dulu.. Serasi atau tidak.. Keturunannye, agamanya lagi.. Memangla semua org tu takde yg perfect.. Bukan nak cari kesempurnaan tapi keserasian dan penerimaan yg seadanya.. Itu lebih baik.. Tipula kalau aku ckp aku tak cemburu bila tgk kawan-kawan yg lain dh berumah tangga & dh bertunang.. (Aku doakan kepada mereka semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Amin)

Aku sekarang ni cuba untuk tak berapa ambik peduli dgn kata2 yg kadang2 tu mmg menyesakkan nafas.. Skrg ni hanya doa yg menjadi kekuatan.. Kepada kawan-kawan yg mengalami nasib yg sama, mungkin anda juga merasai benda yg sama.. Betul tak? Usah bimbang.. Kitakan ada Allah.. Allah maha mengetahui.. Allah mengetahui bila masa yg terbaik untuk ketemukan anda dgn jodohmu.. Cuma kita sbg hambaNya, jangan berhenti berdoa.. Ada himahnye kenapa jodoh tu sampai awal atau lambat.. Cuma, kalau sudah ditakdirkan hidup membujang, kita kenela redha..

Selain soal jodoh, aku jugak sesak dgn soalan ttg kerja.. Aku kadang2 cemburu dgn kawan2 dah berjaya dpt kerja yg tetap.. Tahniah untuk mereka.. Kalau org bertanya, aku sekadar menjawab, "belom ada rezki lagi.." dpt keje kontrak pun dah kira bersyukur dr takde kan.. Pagi tadi, mak aku ada bertanya, "La taknak sambung master ke?".. Aku sebenarnye tak dpt nak bagi keputusan yg pasti.. Mmg rasa nak sambung bila memikirkan susah betul nak dapat kerja.. Tapi aku baru je tolak tawaran master hari tu.. Sbb masalah kewangan.. Hutang pun belum bayar lg.. Ntahla, rasa bercelaru bila difikir balik.. Sekarang ni, apa yg aku buat, aku isi je seberapa byk jawatan yg berkenaan.. Kalau ada rezki dipanggil tu, ada la.. Sekali lagi nasihat aku, jangan berhenti berdoa..

Ok kawan-kawan, aku sebenarnye tgh cuba untuk memotivasikan diri ni.. Cuba untuk berfikiran positif.. Cuba mambuang jauh-jauh aura negatif.. Cuba untuk mengumpul kekuatan.. Cuba untuk menjadi hamba Allah yg bertakwa.. Pendek kata, cuba untuk ke arah yg baik-baiklah.. Hopefully anda pun begitu juga.. Erm, sbg penutup dgrla lagu ni.. Aku selalu jugak dgr lagu ni berulang kali..



Cuba - Aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Category: 5 comments

Jom buat kuih tradisional

Ok, hari ini jom kita main masak-masak.. Mari buat kuih K.A.R.I.P.A.P.. Kuih ni antara kuih yang selalu kitorg buat sendiri.. Kalau time rajin la and bila ada ramai assistants kat umah.. Nak-nak time cuti sekolah ni stok makanan mesti mau banyak..

Mungkin ramai yg dah tau buat kuih ni.. Tapi, takpela aku tunjuk jugak la ye..

Mula-mula kenela siapkan inti dia dulu.. Kita boleh guna keledek atau pun kentang.. But kitorg prefer kentang sebab lagi sedap..

Kentang ni plak mesti dipotong dadu..


Pahtu apa lagi, masakla kentang tu.. Sediakan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari, sardin, daun sup & daun bawang, garam, gula, dan perasa yang dibenarkan..

Tumis semua bawang tu ye sampai naik bau dan agak garing pahtu masukkan serbuk kari.. Kacau-kacau la ye supaya tak hangus & terlampau kering.. Then, masukkan sardin.. Jgn lupa hancurkan sardin tu.. Finally masukkan air & semua bahan penambah rasa secukup rasa.. Jgn lupa kene selalu kacau ye.. Kalau tak nanti berkerak, hangit plak.. Bila dah masak & agak kering tu, taburkan daun bawang & daun sup.. Barula enak..


Nak buat kulit dia plak tak susah mana pun.. Amik tepung gandum (agak-agak la ye).. Pahtu sediakan marjerin.. Campurkan kedua-dua bahan ni.. Then, adun dengan air sejuk.. Lepas tu, uli la sampai penat.. hahaha!.. Takdela, uli sampai adunan tu betul-betul sebati..

Part akhir sekali, mengelim kuih karipap tersebut.. Yang ini menguji kesabaran sikit.. Masa ni la semua org pun nak try skill masing2..

Ini hasil tangan aku.. Wallaaah..


Ok, done! Sedia untuk digoreng.. Kalau rajin buatla ye..

Category: 3 comments

Mari membaca!

Salam semua..

Hari ini nak bg post ilmiah sikit serta nak mengajak sahabat2 sekalian untuk membaca buku2 ilmu..

Tiga hari yg lepas, aku & 2 lagi adik aku pergi ke Shah Alam untuk menemankan 1 lg adik aku ambik result dia.. (Pening tak baca ayat ni? Aku pun pening.. Muahaha).. Sementara tunggu dia amik result tu, aku dan 2 lg adik aku tu pergilah berjalan-jalan... Disebabkan proses nak mengambil result tu sgtla lamanye... Jadi, banyak tempat yg kitorg pergi..

1st Place: Tesco Extra
Kononnye nak makan tgh hari kat sini memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11.30 am.. Lapar seh tapi tgk menu semua macam tak best.. So, kitorg jalan-jalan je..

2nd Place: Giant Section 13
Dulu masa aku praktikal kat Glenmarie, inilah tempat favourite aku.. Kat sini jugakla aku terjumpa ramai artis.. So, kitorg decide mkn tgh hari kat sini je.. Menu pun blh tahan byk.. Sambil-sambil tu tgk brg.. Dekat sinila aku jumpa dengan sebuah buku yg puas aku cari kt Sg.Besar tp tak jumpa.. akhirnye aku jumpa kat sini.. Nak tau apa dia? Tunggu jap lagi aku cerita...

3rd Place: Plaza Alam Sentral (PAS)
Konon-kononnye nak main bowling.. siap dh rancang dr umah lg tu.. Tapi adik aku yg sorg tu tak sudah2 urusannye.. So tak berapa syok kalau main bertiga je.. Lagi pun ramai makhluk kat sana.. Akhirnye, kitorg tgk org main bowling jer.. Agak lama jugak melepak di situ.. Masa ni dah start bosan sbb tak tau nak gi mana dah..


4th Place: Jusco Bkt Raja
Lama betul adik aku nak dpt result dia... huhu~ So, kitorg pun pergila menuju ke Jusco.. Dahla tgh sale tapi memandangkan gaji tak masuk lg, ku tahan saja niatku ini.. Kat sini pun sekadar meninjau-ninjau sahaja.. huhu~ Nak tgk wayang, dah lewat ptg pulak.. Kaki aku bagai mahu tercabut dek kerana asyik berjalan.. Tapi agak berbaloi bila dpt cari presents untuk wedding kawan-kawan.. hee~


Agaknye kalau kaki aku ada mulut cenggini kot jadinye.. hoho~

Fuhh sgt letih..

Ok berbalik pada cerita buku tadi..

Sebenarnye buku yg dah lama aku cari tu tajuk dia "Indahnya Amalan Doa"- Dato' Ismail Kamus..

Aku tak habis menelaah lagi tp setakat yg aku baca ni mmg bagus untuk kita amalkan doa-doa dlm buku ni.. Sebenarnye, sebelum buku ni keluar, ade satu lg buku yg pertama.. Tajuk dia, "Indahnya Hidup Bersyariat"..


Kalau bab-bab buku agama ni bapak aku la yg rajin membelinya.. Selama bapak aku suruh anak-anak dia baca, aku mengaku sangat jarang aku start nak baca buku-buku agama ni.. Sebab utama adalah cara penyampaian buku tu sendiri.. Kadang-kadang terlampau berjela-jela.. Bukan setakat nak baca, tgk pun dah jadi malas.. Terus tutup balik.. (Teruknya aku.. huhu)

Tetapi, setelah aku membuka buku "Indahnya Hidup Bersyariat" ni, aku terus jatuh cinta nak membacanya.. Cara penyampaian yg mudah nak faham.. Setiap penerangan diselangi dgn gambar, jadual, & carta aliran.. Tak ke menarik tu namanya? Sangat berbaloi kalau anda beli buku ni.. Kalau ada apa-apa kemusykilan ttg solat ke, puasa ke, amalan harian biasa ke, hatta bab munakahat pun ada..

Satu lagi bahan bacaan yg nak dikongsikan di sini adalah majalah Solusi..

Ini pun bapak aku yg start beli.. Bila aku start membelek-belek jadi seronok pulak nak membacanya.. Serius byk isu yg dikupas kat dlm majalah ni.. Kalau nak diterangkan kat sini, sampai esok pun tak cukup.. Baik korang pergi beli sendiri & baca puas-puas.. Apa yg penting, korang boleh dapat ilmu yg bermanfaat.. Ok, sampai sini dulu ye.. (^_^)
Category: 0 comments

Misi cuti sekolah..

Hari ini cuti sekolah telah bermula.. Apa nak buat eh? Aku dah rasa macam aktiviti lama aku dulu akan bermula.. huhu.. Kalau nak diikutkan banyak je mende yg aku boleh buat.. Tapi besela, kalau penyakit MALAS dah datang, paham2 je la kan.. haha~

First thing first, nak update blog sekerap mungkin.. Tapi masalahnye tunggu ade isu, baru aku update.. haha~ Nantila, maybe aku akan update segala aktiviti harian aku..

Second thing, tangan aku sudah gatal mahu menjahit manik.. The problem is, baju kurung aku sudah banyak yg dijahit.. Aku lebih selesa jahit baju sendiri berbanding baju orang, sebab aku boleh jahit ikut sesuka hati.. Selalunye, kalau aku jahit baju org, aku sangat risau memikirkan, diorg ni suka ke corak yg aku buat? huhu~ Dalam mind aku sekarang, sudah terbayang2 nak jahit mcm2 style.. hoho~ Aku sbnrnye mahu bljr menjahit baju dengan mak aku.. Tapi, mak aku sangat bz.. Terpaksa hold dulu.. Ntah bile la aku boleh bljr betul2..


Aku juga mahu study.. (Study? Hari tu ko dah tolak master.. Sape suruh?) Bukan sambung master ye.. Tapi aku sangat rindukan nak wat calculus, hafal segala terms & formula in genetic, biochem, organic chem & bla..bla.. Tak tahu nape lately, aku asyik teringat zaman belajar.. Aku rase otak aku dah tumpul sbb dah setahun lebih tinggalkan subjek2 bio tu.. Rugi kan?


Aku juga mahu shopping!!! Window shopping actually sbb gaji aku tak masuk lagi.. huhu.. Mak aku dah ajak gi shopping kain.. Tu mesti nak cari kain baju raya la tu.. haha~ Kalau nak ikutkan nafsu, semua bende pun mcm nak beli.. Nak2 ujung tahun mcm ni ade mcm2 sale & discount... Tapi ingat wanita-wanita di luar sana.. Jangan dilayan sangat nafsu membeli tu ye.. Kalau tak nanti jadi saudara syaitan bila dah membazir.. (Peringatan untuk diri sendiri juge..)

Dapat melancong pon best jugak.. Nak2 kalau dapat gi Paris ke, London ke, New Zealand ke.. Tapi itu cuma angan2 saje.. Nak melancong belanja besar ok.. Tapi kalau ikutkan plan, sbnrnye aku ngan mak cadang nak ke China.. Tapi xjadi.. Bagus jugak tak jadi.. Dapat menyimpan duit, kan?

Tapi kan, kadang-kadang aku rasa mcm nak buat aktiviti lasak seperti ini..

Dan jugak bungee jumping..


Aku bukanlah org yg sangat lasak.. Tapi sesekali kalau dpt buat mesti jadi satu kepuasan.. Betul tak?

Enough merepek... Sebenarnye ade lagi bende penting yg perlu dibuat..

I wanna get rid of my sleeping habit.. Aku sangat terbawa2 sleeping habit time balaja dulu.. (Alasan la tu.. Ckp je la ko mmg suka tido..) Oh yes, I admit it.. aku mmg suka tido.. That's why aku nak kurangkan tido & tido pada waktunye.. Yang ini aku akan cuba sedaya upaya ok..



Satu lagi, jangan lupa tingkatkan lagi skill memasak.. Yang ini pun aku tgh berusaha untuk menjadi top chef.. haha.. Kalau bab tonton rancangan memasak, aku mmg suka tapi kalau disuruh masak, yg bese2 je aku tau..

Apa lagi ek.. Ha.. Aku nak naikkan berat badan.. Aku tak tau nape berat aku dah susah nak naik sekarang ni.. huhu~ Tapi sekarang selera makan aku dah semakin ok.. Hopefully, berat aku boleh jadi ideal semula..




Nak jadi mcm baby ni.. haha!..

Ok, till then, daa~
Category: 3 comments

Sesuai atau tidak?

Kabare semua.. Agak lama aku tak update blog.. huhu..

Ada satu benda yg mahu diceritakan pada kalian.. Semenjak jadi cikgu ni, aku agak bosan bila nak pilih baju untuk dipakai pada hari sekian-sekian.. Aku biasanye akan susun baju-baju kurung aku mengikut hari supaya mengikut rotation dan jugak, aku tak payah pening-pening fikir nak pakai baju apa pulak hari ni ye..

Tapi, still aku akan ubah jugak susunan baju aku tuh.. Adeh, ni la dia bila kerja tak pakai uniform.. Sibuk je fikir esok nak pakai baju apa ye.. Patutla baju cikgu ni tak pernah nak cukup.. Buktinye, org yg paling byk tempah baju dengan mak aku adalah di kalangan cikgu-cikgu..

Baju aku plak kebanyakannye warna yg agak kusam.. Dan yg paling menyedihkan, aku suka mengenakan warna tudung yg selamat.. Apa lagi kalau bukan warna cream & putih.. haha! Semenjak bljr lg kot.. Most of the time aku akan pakai tudung cream.. Maleh nak fikir pnjg.. Lagi pun, warna kulit muka aku yg agak gelap ni, aku rs tak berapa nak sesuai pakai yg mcm2.. Satu lg, aku tak suka kelihatan menonjol bila pakai warna yg 'wow'.. Kalau raya tu lain la kan.. Mmg jangok tak hengat.. hihi..

Nak dijadikan cerita, sbb dh terlampau bosan dgn warna2 selamat ni.. Saje jela aku pakai baju ungu yg telah di'match'kan dengan tudung ungu yg bercorak.. Sekali ramai pulak yg tegur cantik & sesuai dgn warna kulit aku.. Termasuklah anak murid aku sendiri.. Agak 'kembang' di situ ye.. haha! Kebetulan plak ungu is my favourite.. Mungkin jugak warna tu sgt sesuai dgn tona kulit aku yg agak gelap ni (sawo matang kot)..

Ini ade la sikit info yg aku amik dr laman NONA..

Padanan Warna Tudung Mengikut Warna Kulit


Warna adalah faktor yang mempengaruhi mood dan penampilan seseorang. Warna pakaian dan tudung harus sepadan agar penampilan anda tidak kelihatan janggal. Begitu juga dengan warna kulit.

Kulit cerah atau putih
Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.

Kuning langsat

Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elak warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.

Sawo matang
Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elak warna-warna gelap seperti kelabu.

Kulit gelap
Bagi yang berkulit hitam manis, elak memilih warna seperti coklat, hitam, merah dan hijau gelap. Bagi yang berkulit coklat, paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.
Category: 5 comments

Hilang...

Ada sesuatu yg hilang? Apakah? Berat aku sudah hilang.. Setelah sekian lama aku tidak menimbang berat, aku terkejut dengan penurunan sebanyak 3kg!



Nampak mcm sikit je kan.. Tetapi, hakikatnye, kalau berat aku turun sebanyak itu, maka aku mmg sudah semakin kurus! Oh no no no no no... Paling aku tak suka, muka aku nampak sangat cengkung.. Nampak tak sihat.. huhu..

Sebenarnye aku pun tak tau kenapa sejak sebelum puasa lagi aku dah hilang selera makan.. Kadang-kadang perut rasa lapar tapi selera nak makan tu takde.. Sampaikan aku makan cuma sekali sehari.. Itu pun dalam kuantiti yg sikit.. Adehh.. Kenapa ye? Nak kata memikirkan masalah, mana de.. Dok umah kot.. Semestinye best!



Selama ni punyela aku nak berusaha naikkan berat badan supaya menjadi ideal.. Aleh-aleh, makin turun pulak... Mulai hari ini mesti mau lebih berusaha!.. Mari kawan-kawan, kita jadikan berat badan kita berat yg ideal.. Yeah!!

Category: 3 comments

Best!

Salam semua..

Ish, sempat lagi aku nak update blog kesayangan aku ni.. Padahal belum bersiap nak ke sekolah.. Otak aku still in mood Raya.. Jd perasaan malas tu still menebal.. (Padahal hari-hari pun malas.. Alasan je lbh.. huhu)..

Best? Apa yg best? Sbnrnye last Friday, aku & famili pergi beraya umah sedara mara or umah wak-wak aku la.. Kitorg ada menyinggah Bidor, kebun bapak aku.. Kebetulan mmg pergi beraya umah cousin sekali... Dulu kat sinilah tempat aku bermain masa kecik-kecik.. Masa cuti sekolah byk dihabiskan kat sini.. Even waktu weekend.. Dlm kebun ni, bpk aku mmg ada buat umah.. Tp xde elektrik la.. Kalau mlm baru pasang generator.. Kalau nak mandi kene mandi air perigi.. Sejuknye ya amat-amat.. (Aku xsempat amik gambar.. Lain kali kalau ada kesempatan aku letak ye)..

Kalau waktu siang, kitorg selalu main kat parit.. Pahtu balik mesti kene marah ngan mak aku sebab kotor.. Tak pun, kitorg akan kutip biji getah pahtu main seremban ke, congkak ke, tak pun buat main mcm main guli.. Satu permainan lagi, kitorg akan kutip batu2 yg besar sikit, lepas tu kitorg cat jadi org.. Then, main perang-perang.. haha.. Maklumla tv mmg xde..

Ok, tinggal bab-bab kenangan ms kecik-kecik tu.. Aku nak citer pasal kambing.. Cousin aku ni pengembala kambing.. Sekarang kambing yg dia bela dah beranak pinak.. Seronok aku tgk, walaupun sbnrnye aku takut-takut juge.. Kalau anak kambing aku berani la nak pegang.. hehe~


Ini baru sebahagian je..

Tengah menyusu...

Kami...

Kami lagi...

Itu saje.. Ok daa~

Category: 0 comments

Thank You..

Today is My Birthday... Sebenar-benarnye, aku hampir-hampir lupa yg hari ni birthday aku.. Bila adik-adik aku wish baru teringat.. Hari ni genapla usia aku 25 tahun.. Apa agaknye yg aku dah capai sampai ke usia ni ye?.. Apa yg aku tau, aku sudah pun selesai bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah.. Tapi kerja tetap belum pun dapat lagi, itu yg pasti... Takpela, pelan-pelan kayuh.. Berusaha & berdoa.. Itu lagi penting.. Kerja GSTT ni pun aku dah bersyukur sangat-sangat.. Alhamdulillah...

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan, terima kasih, thank you, arigato, & syukran kepada rakan-rakan yg wish birthday aku... yang mendoakan aku panjang umur, murah rezki, ketemu jodoh & mcm-mcm lagila.. Sekali lagi terima kasih yg tidak terhingga... Sayang anda semua.. Mmmuaahhh!!!! Ahaks..
Category: 0 comments

Teruskan amalan...

Pheww... Penat sungguh bila time raya ni kan... Especially kaum hawa la.. Bukan setakat time raya je.. Sebelum raya pun sama je penatnye.. Kalau orang lelaki cakap penat, org pompuan 2 kali ganda penatnye.. huhu~ Karang, kalu tak tolong buat keje, dikata anak dara pemalas pulak kan.. Kalau time raya ni, mcm tak cukup tangan je nak buat itu nak buat ini.. Nak-nak kalau tetamu tak putus2 datang ziarah.. Tapi naseb baik adik-beradik aku ni ramai anak dara... So, secara paksa rela aku suruh semua tolong.. No curi-curi tulang ea... Ini pun salah satu amalan yg kita semua kene buat.. Iaitu ringan-ringankan tulang anda.. Semua ni kan dapat eratkan lagi hubungan adik-beradik yg boleh dikira agak lama tak jumpa.. Betul tak? Walaupun kadang-kadang aku akui mmg boleh dikatakan selalu je nak bertekak.. Tapi besela gaduh adik beradik tak ke mana pun..

Amalan yg lain di hari raya, seperti biasa bermaaf-maafan.. Al-maklum sesetengah org dosa bergunung-gunung... Aku rase dosa yg dah sah-sah semua org ada.. Apa lagi kalau bukan dosa mengumpat.. Benda ni aku rasa sangat susah nak elak.. betul tak? Even lelaki pun suka jugak mengumpat.. Bukan setakat mengumpat, mengutuk pulak tu.. Oops! No offense.. Jadi di hari raya ni amikla kesempatan untuk bermaaf-maafan.. Yang dah gaduh-gaduh tu, amikla peluang untuk berbaik-baik.. Tapi kan, sepanjang beraya ni la kan, makin byk pulak dosa mengumpat aku tgk.. Mana taknye, bila berkunjung ke rumah Mak Leha, ada gosip panas.. Bila ke rumah Mak Temah, ada gosip hangat.. Astaghfirullah.. (Nama sekadar contoh, tak de kene mengena dlm ini cerita).. Jadi bilanye nak habis? So, maaf-maaf jgnla time raya je ye..

Just nak bagi info kat korang semua ttg kelainan amalan org jawa bila bermaafan.. Org jawa ni, kalau bermaafan, diorg seakan-akan berbisik dan akan menggenggam erat tangan saudara atau saudari yg disalamnye.. Berbisik tu bukannye apa, masa bersalaman tu la kita mintak maaf betul-betul & bgtahu apa salah & silap kita.. Sebab tu, org jawa ni, kalau bersalam lama sikit.. Adik aku pernah ckp, "kalau org tu salamnye lama, maksudnye bykla dosa dia ye?" Ish, ntahla.. Wallahualam.. Yang pntg org tu dah mintak maaf seikhlas hati..


Ok, amalan lain sudah semestinye amalan kunjung mengunjung.. Ziarah-menziarahi.. Yang jauh-jauh didekatkan.. Yang dekat dierat-eratkan.. Tak gitu? Sambil-sambil tu amik tau perkembangan kesihatan org yg kita ziarah.. Perkembangan anak-anak.. masa ni la pun nak kenal sedara-mara sebab semua ada.. Kalau macam family aku ni, time beraya rumah sedara mara, mmg WAJIB semua ikut sebab biar sedara semua kenal..


Begitulah kiranye indahnye suasana di hari raya... Teruskanla amalan-amalan yg mulia ni okey.. Daa!
Category: 0 comments

3 in 1

Salam kepada semua pembaca setia entry ini...


3 in 1? Dah mcam minuman segera pulak kan.. hehe.. Sebenarnye, 3 in 1 ni merangkumi 3 cerita dlm satu entry.. First of all, aku nak ucapkan u all Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.. Mungkin selama ni or bila ada rakan-rakan yg baca entry ni ade yg terasa ke or berkecik hati ke, so aku mintak maaf ye.. Semoga Ramadhan yg dah berlalu ni byk menginsafkan kita semua & syawal yg menjelma ni, kita ambillah peluang untuk bermaaf-maafan dan buka lembaran baru k.. Tak lupa jugak, kepada member-member yg dgr ceritanye ramai yg nak mendirikan masjid mahu pun bertunang.. Jadi, tak lupa juga nak wish Selamat Pengantin Baru & Selamat Bertunang.. Ok, habis cerita pertama....



Cerita kedua, just nak share ngan korang je.. Buat sekian kalinye apa yg kami semua rancang sebelum raya ni telah pun terlaksana dgn jayanye.. Maksud aku, dr segi persiapan raya.. Dari kemas rumah sampaila ke juadah raya... Seperti yg aku dah cerita sblm ni, tahun ni cukup sebulan aku dpt berpuasa kat rumah.. Jadi, segala persiapan tu serba-serbi aku kene buat.. Nak cakap pasal penat, mmg sgt penat.. Tapi puas hati sbb nampak hasil.. Hari ni pun sehari suntuk tolong mak aku masak segala benda juadah untuk raya..


Cerita terakhir pulak, semalam, 2 hari sebelum raya, aku terima surat tawaran sambung master di UPM.. Aku ingatkan menda ni secara automatik terbatal bila kita tak regist tuk sem pertama.. huhu.. Sebenarnye, masa aku nak reject offer ni through online, tetiba website tu dah tak boleh bukak.. Padahal masih dlm tempoh lagi.. Ni yg aku tak berapa suka sistem online ni.. Kalau jadi mcm kes aku ni mmg payah.. Jadi, aku ingat diorg dah batalkan offer tu.. Banyak faktor jugak kenapa aku reject offer tu.. Tapi sebelum tu aku still buat istikharah.. Selama 10 hari aku buat, aku tak nampak apa-apa & tak rasa apa-apa.. Jadi, setelah berbincang ng mak bapak, akhirnye aku tolak.. Cuma yg aku musykil, kenapa surat offer ni sampai umah? Hmm.... Bila nampak balik surat offer ni, tetiba aku rasa macam-macam.. Betul ke keputusan aku ni?


Ok habis cerita... Disebabkan tak mau kacau mood raya korang.. Jadi, sekali lagi aku wish, selamat bergumbira di hari raya.. Mesti mau ingat ya, makan tu biar berpada.. Kesihatan mesti mau jaga ok.. Sehingga ketemu di lain post.. Jemput datang beraya rumah aku.. hehe Daa!
Category: 6 comments

Sabar itu indah

Sabar itu indah.. Ye ke indah? Erm, mungkin akan jadi indah kalau kita betul-betul bersabar.. Maksudnye anda berjaya mengawal nafsu amarah anda.. Nak-nak di bulan puasa ni kan.. Syaitan dah sah-sah digari.. Jadi, inilah masanye anda semua nak menguji atau 'mengetest' meter kesabaran anda..

Aku dah byk dengar salah satu cara nak kurangkan sikap panas baran dengan cara kita mandi.. Badan kita ni mempunyai aura suhu yg berbeza dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Suhu badan semakin tinggi dari kepala ke kaki.. Oleh sebab itu, kalau kita mandi, hendaklah membasahi kaki terlebih dahulu sampailah ke bhg kepala... Aku rase berkesan jugak sbb aku ni boleh tahan jugak sabarnye.. hehe (perasan tak hengat)

Cerita ttg sabar ni, sbnrnye, dah 2 minggu aku mengajar di sekolah menengah YK.. Majoriti pelajar cina.. Aku ditawarkan utk mengajar subjek english.. Bukan senang ye sbb nak kene ajar literature lagi.. Mmg terkial-kial.. Dahla masuk-masuk terus mengajar.. Haru seh.. Sebelum masuk kelas, aku telah diberi nasihat oleh ramai cikgu-cikgu kat situ suruh aku BERSABAR.. Alamak ai, aku agak mesti budak-budak ni dasyat..


Sekali masuk kelas, mmg tepat jangkaan aku.. Tak perlu rasanye aku describe satu-satu perangai mereka.. Nanti korang pening nak membacanye... Cukup aku cakap hampir 80% pelajar yg aku ajar ni tak hormat langsung dengan cikgu.. Aku dinasihati supaya cuba paham keadaan pelajar.. Tapi serius, sangat susah nak ajar diorg.. Berdoa jelah untuk yg terbaik.. Diorg ni kebanyakannye datang sekolah buat syarat je.. Dahla ramai yg tak paham sangat bhs inggeris, bahasa melayu pun still tak fasih.. huhu~ BERSABAR....


Agak-agak adela kot muka aku jadi macam ni masa mula-mula nak paham perangai pelajar aku tu... haha

Minggu pertama mmg exhausted sangat-sangat + pening kepala yg sangat dasyat disebabkan kerenah pelajar yg mcm ni.. Tapi, sekali lagi aku kene byk-byk BERSABAR... Bagi je yg terbaik.. Semoga Allah redhai apa yg aku lakukan ini.. Amin~

Category: 2 comments

Teringat bila....

InsyaAllah esok kita semua umat islam akan menyambut Bulan Ramadhan.. Jadi bersempena ketibaan bulan yg Mulia ni, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan.. Semoga segala amalan kita diterima Allah.. Paling penting kita tingkatkan & gandakan lg amalan kita ni dan untuk hari-hari seterusnyea.. Janganla hanya tungu bulan puasa je.. (nasihat untuk diri sendiri jugak ni.. huhu)

Kelainan bulan puasa kali ni, InsyaAllah aku menyambut puasa di rumah.. Tidak ke mana-mana & berada di mana-mana.. Kalau dulu sambut bulan puasa di sekolah asrama, universiti & tempat training.. Sekarang barulah aku dapat berpuasa penuh di rumah.. InsyaAllah.. Rasa seronok tak terhingga..

Kalau bulan puasa ni aku rasa, pengalaman semasa zaman kanak-kanak paling seronok sekali.. Walaupun pada mulanya, terasa amat menyiksakan.. Start umur aku 5 tahun, mak dah ajar aku berpuasa.. Tapi masa tu biasalah, curi-curi minum lagi.. hihi.. Tapi umur 7 tahun dah boleh puasa penuh.. Alhamdulillah..

Kalau dah namanya kanak-kanak, waktu paling best mestila waktu berbuka & bersahur.. Kalau dulu nak bersahur takdela liat mana pun.. Walaupun ngantuk, tapi paksa jugak sahur sebab sekolah kan pagi petang, nanti kang tak larat pulak kan..


Tapi skrg terasa agak malas.. Especially bila waktu belajar dulu.. Yela, nak makan apa pun kan.. Nak ke cafe punyela jauh.. Malas pulak tu.. So, kadang-kadang minum air & makan roti je.. Kalau kat rumah tu lainla, ada nasik & lauk pauk bagai..


Bercerita tentang sahur ni, teringat bila mana bapak aku ada ajar kitorg adik beradik ni niat puasa versi jawa.. Aku pasti korang tak pernah dengar.. Mcm ni niat dia..

"Niat izon poso, tutuko dhino sesok, sakene anak kani, fardhu ne, bulan romdhon, in dhalem, ikilah tahun, kerna Allah Ta'ala"

Time tu, selagi tak ikut baca niat ni dengan bapak aku, selagi tu kitorg takleh sambung tidur..

Ah, terasa nak masuk balik ke zaman kanak-kanak.. Sangat rindukan zaman itu.. huhu~

Sepanjang bulan puasa ni aku pasti ramai yg nak kurus & berdiet kan? Ok, mmg betul.. Masa ni lah korang nak kurus pun.. Tapi perlu diingat, time buka puasa tu, jgnla korang lahap segala mcm benda.. Agak-agakla kan.. Kalau pergi bazar pun, jgnla korang pergi beli semua bende.. Semua pun nak rasa.. Puasa kan sebulan.. Belila sikit-sikit.. Mungkin hari ni beli yg ini, esok beli yg lain pulak.. Last-last semua korg dapat rasa.. Betul tak?

Tapi aku sejak dulu, tak berapa suka beli makanan kat bazar.. (Bukan tak suka langsung ye..) Kadang-kadang luaran je nampak sedap.. So, kitorg kalau kat rumah bab makan mmg simple.. Kadang-kadang mee goreng je pun dah cukup.. Kalau ke bazar pun hanye untuk membeli kuih muih je.. Walau apa pun, makan biar berpada ok.. Janganla sampai jadi seperti ini..


Nanti nak buat terawih pun jadi malas.. Macam mana nak kurus? Haa... fikir-fikirkanla & selamat beramal!.. Apa yg penting, elakkan pembaziran di bulan puasa k.. Daa~
Category: 3 comments

The secrets behind my name

Wow! Macam gempak sangat jer.. haha! Seperti yg kawan-kawan sedia maklum, nama aku Najla.. Semenjak aku dibangku sekolah lg, bila sebut je Najla, mesti semua pelik.. "Najla? Najla je?" Aku pun jawab, "ye, nama saya Najla" Ramai jugak yg selalu menyebut Najwa.. kadang-kadang aku terpaksa mengeja nama aku untuk mereka.. Kalau ustaz-ustaz plak, diorg mesti panggil aku dgn nama Najla' (najlak) sebab sebutannye kene ada hamzah kat belakang..



Mak bapak aku mmg sengaja menamakan anak-anak mereka dgn nama yg pendek agar senang org nak menyebut & memanggil.. Tapi still, nama aku susah jugak org nak menyebut.. Aku rasa sbb ade "J" kat tgh2 tu.. Sebab tu ramai yg panggil La je.. Padahal La tu maksudnye tidak.. huhu.. Last2 mmg terlekatla dgn nama La tu dgn aku-aku sekali membahasakan diri aku La.. Ade jugak yg panggil Naj.. Woooo, yg ini aku tak berapa suka sgt.. Mcm geli je panggil Naj.. Bapak aku pulak suka panggil aku Najel.. Yg ini ada bunyi mcm org puteh sikit.. (perasan, hehe~). Tapi ada sorg kwn aku, Fiza Hanif yg suka panggil aku Najel gak.. Mana dia dapat aku pun xtau..

Ade jugak org yg selepas dgr nama aku terus tanye "awak ni Jawa eh?".. Haaa... betullah tu.. "mana tau?" "bunyi mcm jawa je".. hahaha.. Tapi ada jugak dgn tak payah tau nama aku dah tau aku ni org Jawa.. sbb muka aku mmg dah trang tang tang muka jawa.. (jgn salah anggap.. aku bangga jadi anak Jawa).. Kalau nak cakap dari segi keturunan ni, mmg atuk aku belah ayah dah sah-sah dr Indonesia & belah mak aku plak, moyang aku berasal dr Indonesia..

Ok, berbalik pada kisah nama tadi.. Sebenarnye mak aku yg nak bagi nama Najla tu kat aku.. Bila aku tanye mak, mana dpt nama tu, mak aku ckp sebenarnye dulu mak aku ade terdengar nama seorang penyanyi arab nama dia Najla.. Then, terus nak namakan nama anak dia Najla sbb dengar mcm sedap je.. Bila dicari-cari dlm buku nama-nama Islam ada pulak tu.. So, apa lagi, terusla bapak aku pun setuju..

Mula-mula bila org tanye maksud nama aku, aku sangat malu nak bgtau.. Kenapa? sebab maksudnya "mata yg cantik" (uuu wow, cantik ke?).. aku ingat ain je yg ada kene mengena ngan mata.. huhu.. ada dalam satu buku nama yg lain lg la, tulis maksud nama aku "yg jelita yg cantik mata".. haha tergelak la jugak bila terbaca tu.... Nama je pendek, tapi maksud punyela panjang..

Adakah mataku cantik seperti ini? (Oh tidak....)

Atau pun seperti ini? (lagilah tidak..) Menggoda seh mata minah ni.. Very sexy..

Walau apapun, aku bangga nama aku Najla.. Thanks to my mak & bapak aku sbb bg nama yg sedap untuk anak dia yg sorg ni.. (^_^).. Pesanan untuk member-member yg bakal melahirkan anak mereka, dah cari nama baby belum? Kalau belum, carila nama yg sedap didengar, maksud yg baik, & jgn panjang-panjang sangat & berbelit-belit nanti susah org nak menyebutnye k.. Sekian, wassalam..
Category: 13 comments

Award untuk saya

Sebenarnye dah lama aku dapat award ni dr Cik Yanie.. Sori Yanie lama tak postkan pasal award ni.. Asyik terlupa je.. BTW, thanks to Yanie sbb bg award ni.. Appreciate it so so so much..
Aku telah dianugerahi dgn BEAUTIFUL BLOGGER AWARD..


Perhatian untuk pemenang bautiful blogger ni.. Anda perlu:

1. Terima kaseh pada blogger yang bagi award ni pada saya dan linkkan dia *done*
2. Bagi pulak award ni pada 15 bloggers yang memang sempoi *check kat bawah*
3. kontek dorang and inform yang dorang menang award ni *lepas publish en3 ni*
4. Tulis 7 perkara about myself *check kat bawah*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Award pada 15 bloggers lain yg beautiful (beautiful is subjective), antaranya: (ini termasuk blog yg saya selalu lawati)

1. Dibut

2. Lina

3. Wee

4. Emalin

5. Leha

6. Aziz

7. Mdm Dila

8. Azah Yamin

9. Ainna

10. Wani

11. Hidayah

12. Nasir

13. Fiza

14. Husna

15. Ida fatimah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Then, 7 perkara ttg aku:

1) Anak ke-2 dari sembilan...

2) Lahir di Teluk Intan, Perak...

3) Sgt garang di rumah...

4) Sgt fobia dgn labah-labah yg besar...

5) Suka melancong...

6) Masih single lg.. (huhu, nak letak jugak ke?)

7) Suka lepak di rumah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Category: 4 comments

Give me that remote!

Hanya ingin berkongsi minat dengan korang semua tentang favourite channel aku.. Aku suka bukak Discovery Channel.. Korang pernah dengar lagu tema Discovery tak? Kalau belom, sila tgk video di bawah ini.. Best!.. Tajuk dia I love the whole world: Boom-de-yada.. Yang ini ada dua version punya.. Enjoy..



Discovery channel ni aku paling suka slot How it's made.. Sangat seronok.. Dokumentari ni ttg manufacturing daripada sekecil-kecil barang sampaila sebesar-besar alam.. Termasukla makanan.. Tak mau cerita panjang.. Aku sajikan dekat korang semua tentang macam mana nak buat donat.. Sebab ianya makanan, nampak menyelelerakan & video dia pendek sikit.. Manala tau, dgn korg tgk video ni terus suka bukak channel Discovery kan.. hehe..



Ok, selain tu, aku suka jugak tgk channel Asian Food Channel (afc).. Especially slot chef at home or New Scandinavian Cooking with Tina or Italian Food.. Blom pernah cuba sebarang resipi pon.. Just suka tgk skill diorg memasak.. Tak berapa suka dengan Nigella sbb dia mcm xde skill sgt.. Byk masak tgk buku pahtu gaya gediks.. huhu..

Kalau mcm ayah aku, dia suka channel animal planet.. Ayah aku sangat suka tgk binatang.. No wonder la rumah kami ada banyak jenis haiwan.. Selain dokumentari pasal haiwan, favourite channel dia yg lain ialah WWE la.. Hampir setiap malam mesti tgk.. Siap langgan lagi.. Aku dulu minat wrestling.. Sebut je sapa, aku kenal semua WWE Superstars.. Tapi sekarang dah kurang sikit.. Kadang2 je aku tgk.. Dulu aku suka The Rock & Stone Cold (skrg diorg dah retired).. but now, i like John Cena.. hehe

Abang aku pulak suka tgk History Channel.. Cakap je nak tau pasal sejarah apa, leh tanya dia.. Aku bab-bab sejarah ni mmg fail sbb tu tak dapat nak jadi ahli arkeologi.. huhu.. Tapi abang aku, sejarah dia mmg mantop gitu.. Mak aku, macam biasa suka tgk drama melayu.. Daripada cerita kelakar sampaila ke cerita seram.. Channel-channel lain dlm astro dah tak berapa nak best..

Kalau movie tu asyik ulang-ulang je.. Kalau ada pun, tak best langsung.. Kartun pun dah jarang tgk.. Kalau masih tgk pun, kartun disney yg movie punye.. Adik-adik aku suka tgk katun Hagemaru.. Lawak bodoh, tapi layan jela.. Slot drama melayu lagila, mcm dah kehabisan cerita.. huh~

Ok, enough membebel pasal channel yg tak best.. So, apa favourite channel korang plak? Ke tak suka tgk TV.. Layan kat tenet je.. Walau apapun channelnye, yg penting korang enjoy..

P/s: Tak sabar nak tgk 7 wonders of muslim world..
Category: 9 comments

New look

Tadaa!!! Blog aku sudah berwajah baru..



Erm, tak tau nak cakap lawa ke tak.. Setelah mata aku naik berpinar melihat template yg cantik2, akhirnya aku pilih yg ini jugak.. Kalau korang tgk, design dia tak berapa nak lari dari yg lama kan? Dah aku tertarik dengan yg ini, nak buat mcm mana.. Ingat senang ke nak buat decision...

Ada la jugak mcm nak buat decision untuk pasangan hidup.. (Ada ke?) haha..



Ada jugak rasa mcm nak pilih antara Johnny Depp or Orlando Bloom.. Absolutely Johnny Depp!!! haha! Jgn nangis ye Orlando..

Ini adalah kali pertama aku tukar layout.. Jenuh sebenanrnye.. Kejap tak center la, kejap lari sana, kejap lari sini, tiba2 hilang la.. Aduh.. Lepas ni ntah berapa tahun lg baru aku tukar..

Aku pilih template ni pun sbb warnanya tak menyakitkan mata, agak simple, kreatif, ade kopi (boleh minum kalau nak, jgn segan2), lembut, feminin & cute.. Ok, lepas ni, korang boleh rajinkan diri lagi melawat blog ni ye.. Daa~ (^_^)
Category: 8 comments

Cyclemys dentata

Cyclemys dentata... Macam mana nak menyebutnye pun aku tak reti.. Cyclemys dentata ni adalah nama saintifik untuk kura-kura jenis asian spesies atau nama melayunye kura-kura daun.. Semua jenis kura-kura plak adalah dari kumpulan testudinidae.. Ha berbelit lidah korang nak menyebutnye.. hahaha! Kura-kura ni boleh hidup menjangkau plus minus 200 tahun.. Kalau tak silap aku la..

Apasal pulak yang aku excited nak cerita pasal kura-kura ni? Bukan apa, dah hampir 4 bulan lebih aku menjaga kura-kura ni.. Sebenarnya kura-kura ni bukanlah aku punye.. Asalnye kawan kepada adik aku punye.. Ni birthday present dia.. Bila time cuti sem, nak bawak balik umah kan susah.. Jadi, adik aku la yg kene bawak balik.. So, sekarang tak pasal-pasal dah jadi tanggungjawab aku plak yg menjaga inche kura-kura ni.. huhu.. Nak tengok inche kura-kura? OK, silalah tgk gambar di bawah ini..



Aku jaga dengan penuh kasih sayang tau.. Setiap hari, 2 kali aku mandikan dia.. Maksud mandi di sini, aku cuci aquarium dia, kayu, batu-batu, & kura-kuranye sekali.. Aku siap berus lagi cengkerang & kuku diorg untuk menghilangkan & menanggalkan segala lumut-lumut & kotoran degil menggunakan berus gigi.. Bukan berus gigi aku tau, tapi berus gigi khas utk kura-kura.. Kalau nak buat dajal letak kat tmpt berus-berus gigi adik-adik aku pun boleh jugak... hahaha! (Tak baik aniaya org k) Kalau sehari terlupa je nak mandikan or terlambat mandi ke, habis bilik aku bau lumut.. That's why diorg ni kene mandi 2 kali sehari.. Malu la sesape yg tak mandi 2 kali sehari tu ye coz kura-kura ni pun mandi 2 kali sehari.. haha..

Alrite, mandi time!!!!!!



Kura-kura angah ni paling senang aku nak mandikan.. Dia senyap je tak macam yg lain.. Suka tolak-tolak berus masa aku mandikan diorg..



Dari segi nutrisi diorg ni tak susah sgt sebab aku bagi dia makan pellet khas utk kura-kura.. Tapi, kalau dah kehabisan pellet or kalau aku tinggalkan rumah dalam sehari dua, aku akan bagi diorang ni makan sayur sawi.. kubis-kubis ni diorg tak suka ok.. Mengade.. Kura-kura pun pandai memilih makanan, cait..

Walau apapun, kura-kura ni peneman aku.. Paling aku tak leh lupa bila aku sengaja tak mo isi air dalam aquarium diorg ni sebab nak elak bau lumut.. Alih2, diorg ni buat bising tahap tak hengat.. Tak reti duduk diam.. Panjat sana sini pahtu golek sana golek sini.. Aduyai.. macam-macam.. Lepas isi je air, terus diam..

Cerita pasal kura-kura ni tetiba aku teringat kartun yg aku suka sgt tgk masa zaman kecik-kecik dulu.. Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT).. Dah tahap die hard fan kot.. haha.. Ni pasal terpengaruh ngan abang aku la ni.. Dia suka sangat tengok, so secara tak langsung aku pun suka giler tengok kartun ni.. Kalau tak pun, aku & abang aku suka main game yg guna tape lg masa tu.. Yela, zaman tu PS1 pun xde lagi.. Sukanye bila teringat balik zaman-zaman kecik-kecik dulu..





Seingat aku la, 4 ekor turtles ni asalnye termakan satu sisa buangan toksid sbb tu diorg ni jadi mutant.. And then Master Splinter (rat sensei) ni jumpa diorg.. So, sensei ni train diorg semua untuk jadi ninja yg hebat.. Org jahat yg suka buat kacau ni dipanggil Shredder bersama lab assistant nyer yg bernama April O'Neil..

Characters dalam TMNT ni ada nama diorg tersendiri.. Yang sulung merangkap ketua ni nama dia Leonardo.. tapi bukan Leonardo dicaprio ok.. Dia dinamakan sempena nama Leonardo di vinci.. Mask warna biru & senjata yg dia guna dipanggil katana atau pun samurai.. Abang aku suka karakter ni sbb dia pandai main samurai & bersifat ketua.. Cait, poyo je abang aku nih..



Kedua nama dia Michelangelo.. Seperti sedia maklum ninja-ninja ni semua suka sgt makan pizza, especially Michelangelo.. Suka melawak & suka makan.. Mask warna oren & senjata dia nama nunchaku..



Ketiga nama dia Donatello.. Mask warna purple & guna senjata jenis bojutsu or bamboo stick.. Dia ni jenis malas nak layan.. Byk buat hal sendiri..



Last sekali Raphael.. Mask warna merah & guna senjata jenis sai.. Dia ni sarcastic sikit.. Pahtu jenis yg agak degil..



Dalam byk2 karakter ni, aku suka donatello.. Dulu alasannye sebab aku suka purple.. haha..

Sekarang kartun ni dah di'up grad'kan.. Sekarang main kartun 3D je.. Dulu ada jugak keluar versi org punye.. Org yg memakai kostum TMNT.. Aku tak ingat apa tajuk dia.. Tapi mmg best.. Ada lagi tapenya aku simpan..

Whoo.. whoo..aku dah melalut sampai ke TMNT dah ni.. Kalau nak citer pasal zaman kecik-kecik tak habis pulak karang.. Ok dokie, sampai sini je dulu k.. Bersambung di lain masa.. (^_^)
Category: 4 comments