Jom buat kuih tradisional

Ok, hari ini jom kita main masak-masak.. Mari buat kuih K.A.R.I.P.A.P.. Kuih ni antara kuih yang selalu kitorg buat sendiri.. Kalau time rajin la and bila ada ramai assistants kat umah.. Nak-nak time cuti sekolah ni stok makanan mesti mau banyak..

Mungkin ramai yg dah tau buat kuih ni.. Tapi, takpela aku tunjuk jugak la ye..

Mula-mula kenela siapkan inti dia dulu.. Kita boleh guna keledek atau pun kentang.. But kitorg prefer kentang sebab lagi sedap..

Kentang ni plak mesti dipotong dadu..


Pahtu apa lagi, masakla kentang tu.. Sediakan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari, sardin, daun sup & daun bawang, garam, gula, dan perasa yang dibenarkan..

Tumis semua bawang tu ye sampai naik bau dan agak garing pahtu masukkan serbuk kari.. Kacau-kacau la ye supaya tak hangus & terlampau kering.. Then, masukkan sardin.. Jgn lupa hancurkan sardin tu.. Finally masukkan air & semua bahan penambah rasa secukup rasa.. Jgn lupa kene selalu kacau ye.. Kalau tak nanti berkerak, hangit plak.. Bila dah masak & agak kering tu, taburkan daun bawang & daun sup.. Barula enak..


Nak buat kulit dia plak tak susah mana pun.. Amik tepung gandum (agak-agak la ye).. Pahtu sediakan marjerin.. Campurkan kedua-dua bahan ni.. Then, adun dengan air sejuk.. Lepas tu, uli la sampai penat.. hahaha!.. Takdela, uli sampai adunan tu betul-betul sebati..

Part akhir sekali, mengelim kuih karipap tersebut.. Yang ini menguji kesabaran sikit.. Masa ni la semua org pun nak try skill masing2..

Ini hasil tangan aku.. Wallaaah..


Ok, done! Sedia untuk digoreng.. Kalau rajin buatla ye..

Category: 3 comments

3 comments:

azian azman said...

weewiittt!sodapnye kak!
nak satu tempayan!
delivery ke jb ya!

wuuu..x sabo da ni nak makan..
meleleh jek ayaq liuq nihh..

azah yamin said...

sedapnya :O
ok tengah lapar.

NajLa ShuHuD said...

Itu baru gambar yg mentah tu.. Kalau yg dah siap digoreng mesti lagi tangkap leleh kan? hee~