"Siapa Aku?"

Malam tadi aku gi satu diskusi bersama penulis buku AKU TERIMA NIKAHNYA yg bertajuk “SIAPA AKU” oleh Ustz. Hasrizal SaifulIslam di dewan kolej ke-7, UM. Aku gi ngan roommate aku, Aida. Dia ni rajin gi kuliah2 & ceramah agama ni.. So, mlm td aku pun join. Lgpun dh lama rasenye tak gi talk ni.. Masuk je di perkarangan UM, tetiba aku rasa rindu pd UIA.. Aku rindukan suasana belajar.. Aduss, tetiba rasa nak sambung belajar tu membuak2.. Aku tgk UM sgt meriah waktu malam.. Ramai yg buat program.. Kafe yg bukak waktu malam pun byk.. Kalau mahallah aku dulu, kul 10 dh tutup pahtu dh senyap sunyi dah.. huhu..


Ok, berbalik tentang diskusi td, talk yg disampaikan oleh Ustz Hasrizal tu mmg best. Aku cuma nak simpulkan la apa yg aku dapat selepas mendengar talk tu k. Tajuk siapa aku ni adlh cara untuk mengenal diri kita.. Ustz tu ada bg persoalan, Apa faedah kita pada org lain? Or Korg ni ade bg apa2 faedah ke kat org lain? Haa, cuba korg jawab. Mlm tu, aku fikir2, aku pon tak leh jwb.. Aku rs aku ni mcm byk menyusahkan org lg ade kot.. Huhu.. (Muhasabah diri).

Cara2 asas untuk mengenal sape diri kite iaitu dgn 4 cara memandang:
1. Pandangan cara biasa.
2. Melihat dengan akal.
3. Tengok dengan hati.
4. Memandang dengan nafsu.
‘Siapa aku’ bergantung kepada cara kita melihat. Sebagai contoh, ms bulan puasa, kita ternampak sepinggan mee (ni cth yg ustz tu bg k, hihi). Kalau kita melihat dgn pandangan biasa, kita akan rasa, ok itu sekadar mee. Kalau kita pandang dgn pandangan akal, kita akan tgk ‘structure’ mee tu, sbg cth warna dia hitam menarik, bentuk dia panjang & bergulung, rasa dia yg sedap.. hehe.. Ok, kalau kita pandang denagn nafsu, “Eh, mee ni nampak sedap giler, rugi kalau aku tak makan. Dah la tgh lapo ni”. Kalau pandang dgn hati, kite akan tanye iman, “Eh, ni bulan puasa kene tahan nafsu”.. Ok paham?.. So, cara percakapan & cara kita berfikir itulah refleksi diri kita.


Cuma sekarang ni kita selalu ada masalah dgn cara memandang di mana kita terlampau percaya dengan Feng Shui la, Zodiak la, tilib nasib la.. So, jgn percaya dengan itu semua ok. Itu semua hasil kajian manusia.. Leh berlaku banyak kesilapan.. Apa yang penting kita hendakla percaya bahawa Allah mencipta hamba Nya mempunyai kelebihan masing-masing.. Kita sebagai khalifah di muka bumi ni hendaklah mencari kelebihan itu supaya kita dapat ‘push’ diri kita untuk mencari kelebihan yg maksimum dan berikan yang terbaik.


Jadi, di mana hilangnya kelebihan kita? Sebenarnya kelebihan yang kita ada akan hilang bila kita sendiri tidak yakin bahawa kita ada kelebihan tu. Bila kita rasa teragak-agak, banyak masalah yang akan berlaku. Jadi, manfaatkan apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Kadangkala Allah bagi kita kelemahan pada setiap hambaNya untuk kita berusaha mengenali keupayaan diri kita. Jadi, jangan bermusuh dengan kelemahan dan kesusahan yang kita hadapi. Padahal dengan kesusahan la kita boleh hidup. Maksudnya di sini, dengan kesusahanla kita belajar memperbaiki diri kita. Apa yang penting? Kerjasama!!!! Hehehe xdela, apa yang penting berusaha untuk perbaiki diri. Kita mestilah ingat sebagai khalifah, kita sememangnya layak diuji oleh Allah..


Ok, sampai di sini sahaja tazkirah untuk hari ni.. Wah, untuk kali pertamanya aku bagi tazkirah dalam blog.. hihi..
Category: 1 comments

Air mata

Salam semua.. Pagi2 bila aku sampai ofis xde org.. Jadi, aku pon merajinkanlah diri menulis blog sblm mula kerja.. Curi tulang ke aku ni? Hmm... Sejak aku tulis blog pasal aku homesick & menangis dlm kereta hari tu, ramai pulak yg ejek & perli2 aku.. huhu.. Tp aku x kisah pon.. Kadang2 aku tergelak, klaka ke aku nangis dlm kereta.. Mesti org ingat mcm cerite drama kan? haha! Sbnrnye, time tu fikiran aku mmg serabut & emosi plak tgh x brape nak stable.. Ye la, memandangkan aku pon br je masuk bekerja & tgh dlm proses menyesuaikan diri, ditambah pulak dgn mcm2 dugaan.. Mmg sgt menguji kesabaran aku..


Kenapa kita menangis ye? Ade korg perasan tak berapa lama korg x menangis? Menangis tu bagus sbnrnye sbb air mata yg keluar tu dpt membersihkan mata.. Tp jgnla selalu sgt menangis meratapi sesuatu sampai nk jadi macam Kassim Selamat.. Alahai Abg Kassim.. Bob Lokman pon leh ketawa sampai kluar air mata bila tgk lawak Pak Kassim dlm Raja Lawak.. Ha, yg ni pulak lain ceritanye..






Kite besenye menangis bila beremosi.. Emosi tu kebanyakannye emosi sedih.. Tak kisahla samada disebabkan kematian atau kehilangan org yg kite sgt sygi, sbb berpisah, sbb kene marah, kene pukul dan sebagainye.. Tp ade jugak org nangis sbb terlalu gembira, ade jugak nangis sbb terlampau sakit hati.. Mungkin sakit hati dengan kawan tp x dpt nak buat apa atau sakit hati dengan bos.. huhu~


Kalau cerita pasal menangis ni, pompuan la yg menang sbb pompuan sgt senang mengeluarkan air mata berbanding lelaki.. Sbb pompuan beremosi & sensitif.. Tp kenapa lelaki ssh nak menangis??? Aku rase sbb diorg ni ego.. hehe (Jgn marah wahai kaum adam) Itu pendapat aku je.. X macho la kan kalau lelaki nangis.. Bila lelaki cepat nangis ni, mesti org akan kata diorg ni lembik.. Bg aku, kalau nak nangis, nangis je watpe nak tahan2.. Kalau ade yg jenis sensitif pon mesti nangis nyorok2.. Nangis dlm toilet ke.. hihi~ Aku rs org laki ni akan tunjuk diorg nangis kalau diorg betul2 and sgt2 sedih..


Jadi, menangis adalah salah satu cara untuk kita tunjukkan emosi kita.. Sbb tu lelaki akan rs serba salah bila pompuan nangis.. Ye ke? Kebanyakannye.. Tp yg pompuan pulak, jgnla gunakan air mata sbg senjata ok.. Pompuan pon kene tunjuk gak yg kita ni macho & tabah menghadapi ujian Allah.. Tp bila kita dpt menangis kerana Allah, alangkah baiknye kan.. Jadilah insan yang menginsafi akan kebesaran Allah..


Kesimpulannye, jgnla menangis sampai keluar air mata darah ok.. Kemungkinan korg sakit mata.. hehe~

Category: 1 comments