Satisfaction

~Salam~

Baru hari ni dapat nak update blog.. Sebelum ni aku agak busy menyiapkan jahitan manik + nak buat preparation mengaja tuisyen lagi.. Subjek yg diajar pelbagai plak.. Baru2 ni kene ajar add math.. Fuhh mendidih pale otak nak study balik, maklumla otak dah berkarat.. Nak kene berus ngan berus dawai kott.. Tapi aku rase seronok dpt ajar balik subjek add math, math, sains & english sebab paling kurang aku refresh balik.. Takdela rase otak ni lembap.. hehe.. Selain tu, aku pun tak berapa nak sihat.. Dah 2 kali demam dlm tempoh sebulan & selesema tu mmg sebulan la aku kene.. Dugaan..

Post kali ni cuma nak tunjuk gambar hasil jahitan manik aku.. Takdela hebat mana tp bolehla kalau nak buat side income tu.. Apa yg penting kene rajin & ada idea nak buat.. Mcm biasa, sebelum aku mula buat, aku mesti survey2 jahitan kat tenet or butik.. pahtu aku buat style sendiri.. Ada jugak yg idea dtg dr diri sendiri.. Nanti aku tunjuk yg mn satu..

Ok yg ini baju kain sutera china yg dijahit cekak di bhg tangan.. So aku pilih manik ikut warna bunga & jahit penuh kt bhg tangan tu.. Crowded kan??

Ini pulak baju kain kosong.. Costumer tu nak yg simple sangat so mak aku sarankan yg ini.. pattern ni mak aku dpt dr sebuah butik.. Pilihan warna manik ikut warna corak kain.. Baju ni aku jahit 2 pasang sebenarnya sbb tetiba anak dia pun berkenan jugak..


Ini baju kurung moden bercekak.. Yg ini mmg totally idea aku.. Nak namakan bunga dia bunga pakma or rafflesia sbb bentuk dia sama, kann?? hehe~ Warna manik ni ikut gabungan warna kat baju..


Haa, yg ini pun sama, cuma warna jer lain.. Gambar atas ni, kalau dipakai, cenggitula jadinya..


Ini pulak baju yg baru aku siapkan semalam.. Baju sutera batik.. Baju cikgu ni.. Dia mintak jahitkan manik keliling kt bunga tu.. Mmg satu bajula aku jahit..


Last sekali, kalau korg perasan, sbnrnya baju ni aku pernah jahit dulu.. Nak tgk, klik sini.. Rase mcm xde selera je so, aku bukak balik manik tu then buat corak baru mcm gambar yg awal tadi cumanye adela sikit2 penambahan kasi cantik gitew...

Ok, puas??? Yg penting aku dah puas dgn hasilnya.. Sekarang nak start jahit baju lain pulak.. Nanti aku update lagi ye... Sabar..
Category: 0 comments