Kejap je lagi~

Salam semua..

Kejap je lagi nak masuk tahun 2011.. Rasenye tahun 2010 ni macam sekejap je.. Macam2 yg berlaku sepanjang tahun ni.. Ada azam aku yg tercapai (Alhamdulillah) & ada yg tidak.. Walau apa pun akan ku cuba untuk laksanakannya tahun hadapan.. InsyaAllah..

Dah pasang azam baru? Mesti mcm2 kan.. Aku pun ada jugak.. Tapi takmo bgtau.. hehe~ Apa yg penting, nak tinggalkan segala kesedihan tahun ni.. Semoga tahun depan lebih ceria & lebih bermakna..

Selamat datang 2011!!



Kepada bloggers & followers, aku doakan kalian berjaya & semoga tercapai azam untuk tahun 2011 ni.. (^_^)
Category: 0 comments

Emosi sana sini..

Salam semua...

Hari ini mood aku weng sikit.. "Biasalah perempuan.." (Itu jela pun yg slalu semua org dok ckp..huhu) Tapi sejujurnya mmg hari ni aku agak beremosi sikit.. Macam-macam perkara yg menerjah dlm kotak fikiran aku.. Lepas satu.. satu.. Cuba nak buang jauh-jauh tapi degil.. Asyik dtg jugak.. Terasa sesak nafas sebenarnye..

Aku sesak nafas dengan soalan dr mulut org ramai yg bertanya "Bila nak kawen?" "Dah ada calon belum?" "Umur dah meningkat tu.." "Memilih sangat kot.." Mula-mula bolehla sekadar senyum je.. Lama-lama naik muak jugak.. Tapi, aku xdela salahkan mereka-mereka yg bertanya untuk ambik berat.. Tapi serius aku dah bosan.. Sedih pun iye jugak sebenarnye.. Manakan tidak, kalau aku ni lelaki takpe kot.. Ini pompuan, lagila org sibuk bertanya.. Selama ni aku cuba untuk tak mahu memikirkan sangat.. Aku yakin dgn rezki yg Allah nak bagi.. Dengan mcm2 kes rumah tangga yg berlaku kat Malaysia skrg ni.. Perkahwinan tu dah jadi bende mainan.. Tak maula kawen tu sbb usia dah lanjut so, rembat jela sesapa pun.. Ish, mn boleh!

Kenela tau latar blkg orgnye dulu.. Serasi atau tidak.. Keturunannye, agamanya lagi.. Memangla semua org tu takde yg perfect.. Bukan nak cari kesempurnaan tapi keserasian dan penerimaan yg seadanya.. Itu lebih baik.. Tipula kalau aku ckp aku tak cemburu bila tgk kawan-kawan yg lain dh berumah tangga & dh bertunang.. (Aku doakan kepada mereka semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Amin)

Aku sekarang ni cuba untuk tak berapa ambik peduli dgn kata2 yg kadang2 tu mmg menyesakkan nafas.. Skrg ni hanya doa yg menjadi kekuatan.. Kepada kawan-kawan yg mengalami nasib yg sama, mungkin anda juga merasai benda yg sama.. Betul tak? Usah bimbang.. Kitakan ada Allah.. Allah maha mengetahui.. Allah mengetahui bila masa yg terbaik untuk ketemukan anda dgn jodohmu.. Cuma kita sbg hambaNya, jangan berhenti berdoa.. Ada himahnye kenapa jodoh tu sampai awal atau lambat.. Cuma, kalau sudah ditakdirkan hidup membujang, kita kenela redha..

Selain soal jodoh, aku jugak sesak dgn soalan ttg kerja.. Aku kadang2 cemburu dgn kawan2 dah berjaya dpt kerja yg tetap.. Tahniah untuk mereka.. Kalau org bertanya, aku sekadar menjawab, "belom ada rezki lagi.." dpt keje kontrak pun dah kira bersyukur dr takde kan.. Pagi tadi, mak aku ada bertanya, "La taknak sambung master ke?".. Aku sebenarnye tak dpt nak bagi keputusan yg pasti.. Mmg rasa nak sambung bila memikirkan susah betul nak dapat kerja.. Tapi aku baru je tolak tawaran master hari tu.. Sbb masalah kewangan.. Hutang pun belum bayar lg.. Ntahla, rasa bercelaru bila difikir balik.. Sekarang ni, apa yg aku buat, aku isi je seberapa byk jawatan yg berkenaan.. Kalau ada rezki dipanggil tu, ada la.. Sekali lagi nasihat aku, jangan berhenti berdoa..

Ok kawan-kawan, aku sebenarnye tgh cuba untuk memotivasikan diri ni.. Cuba untuk berfikiran positif.. Cuba mambuang jauh-jauh aura negatif.. Cuba untuk mengumpul kekuatan.. Cuba untuk menjadi hamba Allah yg bertakwa.. Pendek kata, cuba untuk ke arah yg baik-baiklah.. Hopefully anda pun begitu juga.. Erm, sbg penutup dgrla lagu ni.. Aku selalu jugak dgr lagu ni berulang kali..



Cuba - Aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Category: 5 comments