Sesuai atau tidak?

Kabare semua.. Agak lama aku tak update blog.. huhu..

Ada satu benda yg mahu diceritakan pada kalian.. Semenjak jadi cikgu ni, aku agak bosan bila nak pilih baju untuk dipakai pada hari sekian-sekian.. Aku biasanye akan susun baju-baju kurung aku mengikut hari supaya mengikut rotation dan jugak, aku tak payah pening-pening fikir nak pakai baju apa pulak hari ni ye..

Tapi, still aku akan ubah jugak susunan baju aku tuh.. Adeh, ni la dia bila kerja tak pakai uniform.. Sibuk je fikir esok nak pakai baju apa ye.. Patutla baju cikgu ni tak pernah nak cukup.. Buktinye, org yg paling byk tempah baju dengan mak aku adalah di kalangan cikgu-cikgu..

Baju aku plak kebanyakannye warna yg agak kusam.. Dan yg paling menyedihkan, aku suka mengenakan warna tudung yg selamat.. Apa lagi kalau bukan warna cream & putih.. haha! Semenjak bljr lg kot.. Most of the time aku akan pakai tudung cream.. Maleh nak fikir pnjg.. Lagi pun, warna kulit muka aku yg agak gelap ni, aku rs tak berapa nak sesuai pakai yg mcm2.. Satu lg, aku tak suka kelihatan menonjol bila pakai warna yg 'wow'.. Kalau raya tu lain la kan.. Mmg jangok tak hengat.. hihi..

Nak dijadikan cerita, sbb dh terlampau bosan dgn warna2 selamat ni.. Saje jela aku pakai baju ungu yg telah di'match'kan dengan tudung ungu yg bercorak.. Sekali ramai pulak yg tegur cantik & sesuai dgn warna kulit aku.. Termasuklah anak murid aku sendiri.. Agak 'kembang' di situ ye.. haha! Kebetulan plak ungu is my favourite.. Mungkin jugak warna tu sgt sesuai dgn tona kulit aku yg agak gelap ni (sawo matang kot)..

Ini ade la sikit info yg aku amik dr laman NONA..

Padanan Warna Tudung Mengikut Warna Kulit


Warna adalah faktor yang mempengaruhi mood dan penampilan seseorang. Warna pakaian dan tudung harus sepadan agar penampilan anda tidak kelihatan janggal. Begitu juga dengan warna kulit.

Kulit cerah atau putih
Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.

Kuning langsat

Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elak warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.

Sawo matang
Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elak warna-warna gelap seperti kelabu.

Kulit gelap
Bagi yang berkulit hitam manis, elak memilih warna seperti coklat, hitam, merah dan hijau gelap. Bagi yang berkulit coklat, paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.
Category: 5 comments

Hilang...

Ada sesuatu yg hilang? Apakah? Berat aku sudah hilang.. Setelah sekian lama aku tidak menimbang berat, aku terkejut dengan penurunan sebanyak 3kg!



Nampak mcm sikit je kan.. Tetapi, hakikatnye, kalau berat aku turun sebanyak itu, maka aku mmg sudah semakin kurus! Oh no no no no no... Paling aku tak suka, muka aku nampak sangat cengkung.. Nampak tak sihat.. huhu..

Sebenarnye aku pun tak tau kenapa sejak sebelum puasa lagi aku dah hilang selera makan.. Kadang-kadang perut rasa lapar tapi selera nak makan tu takde.. Sampaikan aku makan cuma sekali sehari.. Itu pun dalam kuantiti yg sikit.. Adehh.. Kenapa ye? Nak kata memikirkan masalah, mana de.. Dok umah kot.. Semestinye best!



Selama ni punyela aku nak berusaha naikkan berat badan supaya menjadi ideal.. Aleh-aleh, makin turun pulak... Mulai hari ini mesti mau lebih berusaha!.. Mari kawan-kawan, kita jadikan berat badan kita berat yg ideal.. Yeah!!

Category: 3 comments