Duhai hati...

Wahai hati...

Ketahuilah olehmu...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

P/s: Petikan ini diambil dari laman web Mutiara Kata..

Category: 1 comments

Ideal~

Salam to all my fans..

Muahaha, ayat poyos & syok sendirik sudeh terkeluar.. Ops..

Di sini saya ingin menyampaikan rasa gembira & bangganya saya kerana BERAT BADAN saya telah meninggi.. Eh, bukan.. Sudah bertambah.. hehe~

Yeay!!! Hahahahahahahahahaha~

Setelah berhempas pulas makan sebanyak yg mungkin PLUS makanan berkhasiat yg penuh dgn karbohaidrat & protein akhirnya berat aku bertambah sebanyak 3kg... Walaupun aku jarang ambik breakfast.. I know it's important tapi sgt susah untuk makan selain rasa asyik nak terkeluar balik.. I rather take a glass of milo je.. Aku mendisilplinkan diri dengan meWAJIBkan makan tgh hari & malam dengan sepinggan penuh nasi + seekor ikan + sayur-sayuran segar.. Dan akhirnya aku berjaya menaikkan semula 3kg yg telah hilang itu..

Malam, kalau pukul 12 mlm or 1 pagi tu aku rasa lapar, aku akan makan nasi.. Sebenarnya tak elok kan makan berat-berat bila dah lewat malam.. Tapi bila dah perutku berkeroncong ala-ala dangdut, nak buat macam mana kan.. Bedal je la.. pahtu tido.. Krooh..krooh.. Wahaha, elok sangatla tu Najla oi...

FYI, berat aku ms form 1 until form 3 ialah 38kg-41kg je.. Kurus giler kan?? Tinggi pulak, bukannya tinggi mana pun.. Sampai bila wat med. checkup before msk mrsm dlu, doc ckp aku ni kurus sgt.. Dia suh aku mkn byk2.. Sekali dah dok Jeli 2 thn, nah amik kau berat aku cecah 50kg!! Kadang-kadang terasa berat jugak nak bawak badan ni..

Habis je SPM, berat aku terus tetiba turun ke 47kg & maintain je sampai habis bljr.. Tapi, thn lepas, semakin turun ke 44kg disebabkan hilang selera makan.. Dengan azam yg membara untuk menaikkan semula berat badan aku ni, akhirnya berat aku dah kembali ke 47kg.. hehehe~ Walaupun sbnrnye aku mahu berat aku jadi 50kg..

Tapi, kalau ikut BMI, berat aku still tak capai tahap memuaskan.. Macam mn nak kira? Jom kita kira sama-sama...


BMI= Berat (kg)/ [Tinggi(m)]^2

Kalau jawapan yg korang dapat tu within the range of 22 until 27 maksudnya you're in healthy weight.. Bergembiralah.. If not, you have to struggle to gain or lose your weight ok..

Macam aku ni masih dikira pada border healthy weight.. Haih.. Nak senang lagi, korang tak payah susah2 nak kira.. Tengok saja pada table di bawah ni.. Pastikan korang punya tinggi & berat.. then carila titik pertemuan antara dua tu.. Nah, korang akan dapat status ke'ideal'an berat korang...


Nampak tak line hijau tu?. Haa, itu BMI aku.. Still di tahap underweight lg...

Tapi cuba tgk table kat bawah ni pulak...
Berat aku ditahap ok.. Eii, sukenyeeee~
Walau apapun, aku nak naikkan sampai ke tahap 50kg..

Ok, sampai di sini sahaja.. Jom sama-sama kita dapatkan berat badan yg ideal ok.. Aja2 Fighting!!!
Category: 2 comments

Gambaran sebenar~

Ok, di atas permintaan Nur Adibah Md Azman yg ingin sangat2 melihat mata sexy aku ni...

Aku tunaikan permintaan beliau..

sila jangan gelak ok.. huhu~


Ni keadaan mata aku masa dah mula membengkak..

Ni pun sama gak..

Gambar masa mata dah jadi kritikal tak dpt nak di'publish'kan disebabkan masalah teknikal..

Harap maklum..

Ala, dalam gambar ni pun dah nampak bengkak jugak..

Bayangkan jela masa dah kritikal tu dia membengkak 2x ganda..

Sampai mata aku jadi sepet..

~hahaha~
Category: 8 comments

My sexy eyes~

Salam to all readers..

~My sexy eyes~... Itu statement benar okay.. hahahaha~ (perasan!!!).. Dan mataku menjadi semakin sexy bilamana aku kene ketumbit.. hihi~

Bila cakap je pasal ketumbit mesti ramai fikir aku ni ada mengintai org.. Mmg ada pun.. haha~ just joking.. Mana boleh diguna pakai dah kata-kata tu sebenanrnye.. Sapela agaknye org yg mula-mula buat mitos ni ek?? Aku nak jugak berkenalan.. (Merapu sudah..)

Ok, berbalik pada cerita ketumbit tadi.. Seminggu sebelum mata kiri aku betul-betul membengkak, mata aku mmg ade rasa sakit-sakit bila digenyeh atau digosok.. Aku langsung tak terfikir itu tanda-tanda nak kene ketumbit.. Sampaila satu hari tu, tetiba mata aku ni dah mula sakit semacam ditambah kelopak bawah mata aku jadi merah.. Barula aku teringat, yg aku ni kene ketumbit sebab aku pernah kene sekali masa belajar kat Universiti dulu.. Tapi disebabkan langkah pencegahan awal, aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. So, takdela jadi teruk mcm minggu lepas.. huhu~

Kalau anda nak tahu, mata aku membengkak seperti mata kanak-kanak ini.. Nak letak gambar sendiri malu la pulok kan..

Secara biologinya, mcm ni la keadaan mata aku tu.. Malah lagi besar!!.. Bila dah bengkak cenggini, mmg sakitnya hanya Allah yg tahu.. Mata akan jadi berair dan kadang-kadang akan berdenyut... Waktu yg paling sukar bilamana aku nak mengerjakan solat.. Especially masa ruku' & sujud.. Aku tak boleh nak buat lama-lama sebab bijik mata rasa nak terkeluar.. Mungkin sbb tekanan darah turun ke kepala kan waktu sujud.. Tapi setakat sakit sikit-sikit tu bukanla sampai jadi penghalang sampai tak solat.. (Ingat tu ye adik-adik cikgu berpesan.. Jangan tinggal solat walaupun anda sakit.. Sedangkan dlm keadaan baring pun boleh solat jika darurat)

Nak dijadikan cerita, dalam sakit-sakit ni aku kene mengajar tuisyen jugak.. Sebenarnya rasa malu jugak sebab mata dah mcm kene penumbuk sebijik.. haha~ Tapi ku gagahkan jua diri ini dengan memakai kaca mata.. (Tapi still nampak jugak..) Masuk je kelas, budak-budak dah tahan gelak tapi diorg tak berani la nak tegur.. Mungkin jugak diorg paham.. Kalau paham takpe, kalau tak, buat-buat paham sudeh... Tak cukup dengan tu, aku siap keluar shopping hadiah wedding lagi.. Masa tengah survey2 tu ada la seorg pemuda ni (tidak diketahui statusnya sama ada sudah kawen ke belom.. Tapi nampak mcm belom.. haha).. Pemuda tu siap toleh 2x kat aku.. Dalam hati, "Eh, apasal mamat ni pandang aku semacam je.. Cun sangat ke aku hari ini??" (Ayat-ayat perasan dah terkeluar..) Sekali, paaap!!!.. baru aku sedar, mata aku! Malu tak sudah la lepas tu.. kuikuikui...

Ok, setelah dikaji ketumbit ni sebenarnye boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion) tu tersumbat.Aku rasa aku kena jenis pertama tu...

Tapi jangan risau, ketumbit ni takdela merbahaya sangat sampai boleh jadi buta.. Ketumbit ni ada ubatnya.. Aku guna pakai semula ubat yg aku dpt masa kat universiti dulu.. Ia sejenis oinment.. Apply mcm ubat gigi.. Letak oinment tu di dalam kelopak mata yg sakit tadi.. Lama-lama, bengkak akan surut dengan izin Allah..

Alhamdulillah mata aku dak semakin sexy balik.. haha!.. Peringatan untuk anda sekalin.. Jagalah mata anda elok-elok ok.. Selain tu, jangan tengok benda-benda lagho.. (peringatan untuk diri sendiri juga)

p/s: Segala kata-kata yg tidak menyenangkan hati tu, hanya untuk menyedapkan ayat je.. Satu lg, segala maklumat tentang ketumbit aku rujuk di laman web Utusan malaysia Online

Category: 5 comments

Shhh... Jangan nangis-nangis ye...

Gembeng atau cengeng.. Biasanya hanya sesuai untuk budak kecik je.. Nak2 bila nak masuk darjah 1.. Tapi aku dah start sekolah sejak 5 tahun lagi.. Masa tu aku masuk TABIKA (Taman Asuhan Bimbingan Islam Kanak-kanak).. Haa.. Inilah dia wajah ceria aku masa nak masuk sekolah.. Konon-konon ceria la kan.. Tapi sebenanrnya kuat nangis ni... haha


Aku ingat lagi, bila masuk kelas je, aku nak mak aku duduk sekali dlm kelas tu.. Tapi mak aku xmo temankan.. Biasala.. Banyak lg keje kot menanti kat umah tu.. Bukan nak layan aku sorg je.. Bila aku toleh belakang and tak nampak kelibat mak aku, apa lagi... Meraung-raung la dlm kelas... Sampaikan cikgu aku dukung aku sambil mengajar.. Bayangkanla, dulu cikgu tak ramai.. So, sorg cikgu for the whole subjects.. Kesian cikgu tu.. Aku ingat lagi nama cikgu tu Cikgu Ruzina... Cikgu tu mmg lembut & penyabar.. Yela, kalau tak, takkan aku boleh senyap bila dipujuk kan..

Tapi dalam selalu nangis-nangis tu, aku periksa dapat nombor 1 tau.. hahaha~ (Perlu ke?).. Bila dah masuk TADIKA 6 tahun tu, aku dah okey sikit.. Tak nangis-nangis dah.. Apahal aku tetiba cerita pasal memori masa kecik-kecik ni??

Bukannya apa, masa tuisyen last week, aku ada mengajar budak tahun 1 & 2.. Biasala budak-budak ni.. Kalau yg aktif tu mmg sangat aktif.. Suka aja bertanya tak henti-henti.. Tapi ada jugak tak perlu tanya dah pandai buat kerja sendiri.. Ada yg pendiam.. dan tak kurang juga yg menangis.. Aku masuk je kelas, budak tu sudah menangis..

A girl: Teacher, boleh tak saya nak balik.. Mak saya dah tunggu kat bawah.. hukhuk.. (Bagus tu dlm nangis-nangis boleh mintak kebenaran nak balik lg.. hehe)

Teacher: Kenapa nak balik? Kita baru nak mula ni.. Takpe, kamu duduk dulu ye.. Teacher nak bagi latihan ni.. Kita buat sama-sama ye.. Takmo nangis-nangis.. (OK tak aku pujuk dia? Hahaha.. Padahal takut jugak aku kalau budak ni nangis makin kuat..)

Nasib baik lepas tu dia berhenti menangis..Tapi tak lama lepas tu, tengah aku sibuk ajar kat depan, dia pun dtg depan sambil menangis ni...

A girl: Teacher, boleh tak saya buat dekat rumah.. Saya nak balik umah.. Nanti mak saya ambik.. hukhuk...

Teacher: Eh, janganla mcm tu.. Kejap je lg nak rehat.. Kita siapkan sama-sama ye.. Jangan nangis lg ye..

Alhamdulillah, sampai habis waktu dia ok.. Siap boleh tanye soalan lg.. Aku risau jugak kalau tetiba dia buat perangai mcm aku dulu.. hahaha~ Aku ni dahla takde pengalaman handle budak.. Karang tak pasal-pasal makin kuat dia menjerit.. So, itula pengalaman pertama aku menghadapi budak menangis dalam kelas..

Category: 4 comments