Dia suka, saya pun suka (^_^)

Salam everybody...

Apa yg dok suka sangat ni?? Bukan apa, aku suka bila hasil tangan aku dihargai & yg penting org tu suka dgn hasilnya.. hehe~

Baru-baru ni a friend of mine ada datang umah hantar baju.. Mula2 tak tau pun yg dia ni kawan aku.. Sekali dtg umah... "Mcm ku kenal suaranya.. Tp di mana ya??" (ala-ala Yasin tuu..) Ghupa-ghupanya member U dulu.. Aku panggil dia Zas.. Dia nak tempah baju kat mak aku.. Byk jugak.. Ada la dlm 4 pasang termasuk baju raya, baju hantaran & baju untuk majlis buka hadiah katanye.. Dia mintak nak jahit manik sekali tp untuk 3 pasang je.. So, mak aku syorkan biar aku je yg jahit..

Mula-mula aku berat nak jahitkan sebab as i said before, aku ssh nak jahit org punya baju.. Takut diorg tak berkenan dgn kehendak aku.. Tp dia kata tak kisah, so aku taram aje la.. huhu~

Perkara pertama aku buat, aku survey corak & design terbaru dlm tenet.. Then aku try sendiri kat kain perca dulu.. Takut rosak plak kain org aku kerjakan kalau tak jadi..

Panjangnye aku membebel.. Tgk jela hasilnye ni ye.. Walah~~

Yg ini sebahagian manik yg aku guna.. Ni la dia workstation aku.. Buat atas meja yg comel je supaya mudah untuk aku alihkan ikut mood aku nak menjahit depan TV ke, dlm bilik ke, or luar rumah ke... hahaha~



Yang crowded ni aku siapkan dlm masa 2 minggu.. Agak 'sakit' ye kawan2 untuk disiapkan.. huhu~ Sebenarnye, aku tak berapa puas hati dgn hasil yg ni sbb tetiba aku rase aku dh guna byk sangat warna.. Tp nasib baik tuan punya baju sangat happy dgn yg ini.. ^_^



This one dia bg kain sifon & dia mintak aku jahit untuk dua-dua layer bhg tgn.. Aku pun buatla mcm ni.. Kain kosong bhg dlm aku buatkan corak agar naik seri.. Ni seminggu je dh siap.. Kalau aku tekun menjahit, sebenarnye dlm 2 hari boleh siap.. huhu~


Aku paling suka yg ini.. nampak lg kemas dr biasa.. hahaha~

Haa.. Ade sape2 nak hantar?? Sila la.. Aku dh semakin yakin nak jahit baju org.. hihi
Category: 11 comments

Seronok bersama~

Salam semua..

Sebenar-benarnya mood sangat malas untuk menaip tapi rasa nak kongsi cerita tu membuak-buak.. So, terpaksalah rajin nak upload gambar sikit2 buat tatapan pembaca setia blog ni.. Sebab aku tau mmg ade pembaca setia blog ni kan.. hehehe~

Ok, last week aku & the geng (member baik zaman U) ada buat plan untuk turun KL beramai-ramai bagi meraikan hari persandingan salah seorg dari geng berlapan kami iaitu Nur Fadzlin Mohd Fauzey dengan pasangannya Zulkifli Fadzlullah, kawan kitorg jugak sbnrnye.. Tapi yg boleh turun hanya 4 org jer.. Yg lain dah sibuk dgn urusan kerja & rumah tangga masing2.. huhu~

Tapi takpe, walaupun tak semua ada.. Kitorg tetap enjoy!!! Malas nak taip lebih-lebih korang tatap je la gambar kat bawah ni ye..

Jalan-jalan cari makan di Kafe Strawberry Fields

Deco yg menarik perhatian..





Semuanya lazat-lazat.. Yg penting halalan thaiiba.. hehe~






Majlis persandingan yg berlangsung di Kampung Pengantin..

Inilah dia kawan kitorg tu.. Sungguh anggun gitu..

Aktivit selepas menjamu selera.. Apa lagi, bergambo ler..



Pengantin tgh sibuk ber'photo shoot' kitorg pun apa lagi.. hahaha~



Ini adalah sesi mengambil 'berkat' ye.. kahkahkah~

Pose bebas konon-kononnye.. I loike!!

Yahaha.. this is my BFF ok.. Dua-dua pun still single & available.. hihi~

What's this??


Ya.. Itulah jawapannya.. My BFF yg dapat sambut bunga tu dengan gaya ala-ala pemain netball yg terunggul lagi professional... hahahaha~ (jgn marah ye Dibut, peace (^_<) ).. Ada seorg lelaki yg tersenyum melihat aksi kitorg ini.. haha~ Aku rasa seronok sangat bila dpt gather dgn geng2 lama.. Rasa tak puas walaupun malam tu aku boleh berborak dgn Dibut sampai pukul 3.30 pg ok.. Apa yg diborakkan??? Biarlah rahsia.. hoho~
**************Ok, The End**************
Category: 8 comments

Layan jap~

Lirik Lagu Ketika Cinta (Ost Perempuan Berkalung Serban) - Siti Nurhaliza

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


Category: 0 comments

Semangat!!

Salam to all..

Nak kongsi sikit cerita masa aku mengajar tuisyen last week.. Seperti biasa aku akan ajar subjek Sains & English.. Tp masa tgh mengajar budak darjah 1 & 2, tiba-tiba aku disuruh ganti cikgu lain untuk subjek Math F1.. Nasib baik topik Integers.. Kalau topik yg agak ssh nak ajar, pening jugak sbb aku biasanye akan buat revision dulu.. Alhamdulillah semuanya ok..

Al-kisahnya, sewaktu aku masuk kelas tiba-tiba ade seorang lelaki yg agak berumur.. Aku agak umur dia dlm awal 40an ada kot..

"Er... Encik ni cikgu ke??"
"Eh, bukan.. Saya ni pelajar" Sambil tersenyum manis..
"Ooo.. Kalau macam tu okla.."

Aku ingatkan dia cikgu, rupanya dia student baru mendaftar.. Dalam kotak fikiran aku ni masih tertanya-tanya, apa yg encik ni buat kat sini.. Aku pun teruskan mengajar..

Tetapi, dlm pada masa aku mengajar tu, aku rasa begitu bersemangat.. Semangat yg luar biasa yg tak pernah aku rasa sewaktu mengajar sebelum ni.. Dan yg paling menggembirakan aku, pelajar-pelajar ni akhirnya boleh berkomunikasi dengan aku.. Bila sesi perbincangan, mereka ni boleh berbincang dgn baik.. Maksudnya aku dapat respon yg baik.. Kalau tak, bila aku tanya soalan mesti semua senyap & senyum-senyum je.. Nampak tak?? Pelajar ni pun sebenarnye jadi bersemangat.. Kenapa ye??


Aku rasa la kan, semua energy ni datangnya dari encik td sebab dia begitu bersemangat nak belajar.. Banyak soalan yg dia tanya.. Dan aku rasa pelajar-pelajar ni rasa tercabar.. Yela, org yg lebih tua lagi bersemangat dr diorg.. huhu~

Habis je sesi pembelajaran Math tadi, aku pun terus berborak-borak dengan encik td.. Rupa-rupanya dia belajar ni sebab nak buat preparation sebelum smbg PhD.. Wow! PhD??? Dia hanya tersenyum.. Katanya, "Dah tua-tua baru nak sambung belajar..".. "Eh, belajar ni tak kira usia.. Sampai tua kita kene belajar.. Betul tak?".. Dia pun mengangguk je..

Encik tu kata dia belajar bermula dr diploma.. Jurusan yg dia ambil pula, tentang Syari'ah, Usuluddin & Pendidikan.. PhD ni pun, kalau tak silap aku, dia nak sambung jurusan Usuluddin.. Aku tiba-tiba kagum dengan encik ni tadi.. Beliau begitu bersemangat nak sambung belajar.. Aku??? huhu~ Takpe, aku masih menunggu rezeki untuk tahun ni, tapi seandainya belum ada rezki untuk bekerja, insyaAllah aku akan sambung belajar next year.. Pray for me~
Category: 11 comments

Bagaimana hati anda??

Salam..

Post kali ni adalah kesinambungan daripada blog kawan saya atau nama panggilan manjanye, Wee.. Baru je lepas meluangkan masa membaca cerpen beliau.. Mmg menyentuh hati ye kawan-kawan.. Kalau nak baca sila klik link ini: Kisah sekeping hati

Kenapa tiba-tiba? Bukan apa, aku pun baru je buat post psl hati ni.. Kalau nak cerita pasal hati mmg sangat complicated.. Right?? Semua org ada mslh hati.. Bila bc post beliau, rasa tersedar sekejap.. hehe~ Wee, lepas ni bolehla jadi penulis cerpen ye? Kalau mcm aku ni jgn harapla nak jadi penulis.. Ayat tunggang langgang kot.. huhu~

Al-kisahnye, masa aku wat post yg lepas, aku tercari2 gambar sekeping hati & aku jumpa gamba ni..

Tetapi, aku tak jadi letak sbb xdo kene mengena sgt.. So aku gambarkan hati yg diceritakan oleh penulis tu lebih kurang cenggini la agaknye.. hehe~
Category: 2 comments