Kipas susah mati~

Dalam minggu ni aku baru berkira-kira untuk menulis blog tentang surat-surat peminat yang pernah aku terima dr die hard fan aku or dalam bahasa melayunye kipas susah mati.. haha!

Tapi pagi tadi masa aku menghantar adik aku ke sekolah, sambil-sambil tu aku dengarla hot.fm.. Rupa-rupanye AG and FBI tgh membincangkan topik surat.. What a coincidence..

Berbalik kepada cerita kipas susah mati ni, ye ke aku ade die hard fan? haha! Aku sendiri nak tergelak berguling-guling.. Mana ada la.. Sekadar surat dari teman-teman je.. Tapi adala jugak terselit surat-surat dari peminat zaman sekolah & U.. hihi..

Sebenarnya, dalam dua tiga hari ni aku membuat operasi mengemas rumah.. Al maklumla bulan puasa yg mulia ni dah nak dekat.. So, aku kemasla bahagian-bahagian rumah mana yg patut... Mengelap segala habuk-habuk yg tersembunyi.. Lagipun aku rimas kalau nampak mende-mende yg serabut nih.. Tak seronok rasanye bila tgk rumah penuh dengan habuk.. Nasihat dari aku, Jangan biarkan habuk di rumah anda setebal 1 inci k.. Jadi, dalam sibuk-sibuk mengemas ni aku jumpa satu kotak lama aku.. Dalam tu ada banyak surat.. Macam-macam jenis ada.. contohnye macam kad raya, gambar, poskad, surat wangi, dan surat yang berwarna-warni..

Haa.. Inilah dia antara surat-surat yang aku terima sejak zaman sekolah sampaila zaman universiti.. The latest surat yg aku terima dalam tahun 2008.. Semenjak tu dah takde dah.. Dah tak popular agaknye.. huhu~





Lepas dah habis mengemas tu, aku luangkanla masa untuk membaca isi kandungan surat-surat tu.. Nak terpecah perut and bagai nak terkeluar isi perut bila terbaca balik isi surat tu.. Mana taknye, ayat semua skema-skema giler! sebagai contoh, Ke hadapan sahabatku... , Semoga engkau sihat hendaknye.. & macam-macam lagila.. haha..

Walau apapun, aku rasa terhibur sangat.. Dengan membaca balik surat-surat tu, secara tak langsung aku ingat balik memori-memori indah.. Cewah.. Tak ke menghiburkan tu? Zaman sekarang ni bukannye senang nak terima surat dari kawan-kawan.. Ye tak? Zaman sekarang kalau dapat surat pun, mesti surat hutang.. Kalau tak pun, surat tawaran belajar or tawaran kerja.. Betul tak?

Kalau member-member nak tanya khabar pun, sekarang ni guna sms or e-mail je.. Tu pun kadang-kadang tak berbalas.. Mungkin dah habis kredit or malas nak menaip.. Satu lagi, sekarang ni kebanyakannye orang jarang berutus surat lagi mungkin disebabkan kemalasan untuk menulis surat yg berkajang-kajang lepas tu nak beli setem lagi, nak mengeposnya lagi.. Erm, pokok pangkalnye ada sifat MALAS di situ.. Kalau tak sebab malas pun, mesti sebab duit.. Yela, cuba bayangkan kalau korang menulis surat.. Sehelai kertas je bernilai lebih kurang RM 0.10 + Sampul surat paling murah dalam RM 0.40 (saiz kecik) kalau besar dah dalam RM 0.80 - RM 1.20 + Setem RM 0.30.. So jumlah semua dah dalam RM 0.80 - RM 1.60.. Tu tak kira kalau nak pos kad raya lagi.. Sekeping kad raya je dah berapa hengget.. Kalau anda guna sms cuma telan 2 hingga 5 sen je kan.. Tu pun belum ada macam-macam plan lagi dari Maxis, Celcom, Digi and U mobile.. Itulah realitinya hidup dalam dunia serba canggih ni.. Semua mesin yg nak buat.. huhu..

Tapi kan, kalau asyik dok berkira pasal duit & malas je, mmgla korang lagi bertambah alasan tak mahu lagi tulis surat.. kan? Kalau nak diikutkan, surat-surat ni sebenarnye ada nilai sentimentalnya.. Kalau tak percaya, lepas ni cuba korang korek balik surat-surat lama tu and then baca balik.. Mesti korang tetiba tersenyum sendiri.. hehe~
Category: 2 comments

2 comments:

Ir A.Aziz said...

aku time sek men dulu, rajen giler menghantar kad raya. Siap buat sendiri tuh sbb nak jimat. Sekarang, nak forward msg raya pon malas. hahaha!

p/s - mana la aku campak sumer kad2 raya tuh. :p

Najla Shuhud said...

Betul kan apa aku cakap.. Sekarang semua orang dah rasa malas.. Termasukla aku sebenarnye.. haha~. Aziz, kalau ko rajin kemas2 rumah tu, nanti ko jumpala..