Semangat!!

Salam to all..

Nak kongsi sikit cerita masa aku mengajar tuisyen last week.. Seperti biasa aku akan ajar subjek Sains & English.. Tp masa tgh mengajar budak darjah 1 & 2, tiba-tiba aku disuruh ganti cikgu lain untuk subjek Math F1.. Nasib baik topik Integers.. Kalau topik yg agak ssh nak ajar, pening jugak sbb aku biasanye akan buat revision dulu.. Alhamdulillah semuanya ok..

Al-kisahnya, sewaktu aku masuk kelas tiba-tiba ade seorang lelaki yg agak berumur.. Aku agak umur dia dlm awal 40an ada kot..

"Er... Encik ni cikgu ke??"
"Eh, bukan.. Saya ni pelajar" Sambil tersenyum manis..
"Ooo.. Kalau macam tu okla.."

Aku ingatkan dia cikgu, rupanya dia student baru mendaftar.. Dalam kotak fikiran aku ni masih tertanya-tanya, apa yg encik ni buat kat sini.. Aku pun teruskan mengajar..

Tetapi, dlm pada masa aku mengajar tu, aku rasa begitu bersemangat.. Semangat yg luar biasa yg tak pernah aku rasa sewaktu mengajar sebelum ni.. Dan yg paling menggembirakan aku, pelajar-pelajar ni akhirnya boleh berkomunikasi dengan aku.. Bila sesi perbincangan, mereka ni boleh berbincang dgn baik.. Maksudnya aku dapat respon yg baik.. Kalau tak, bila aku tanya soalan mesti semua senyap & senyum-senyum je.. Nampak tak?? Pelajar ni pun sebenarnye jadi bersemangat.. Kenapa ye??


Aku rasa la kan, semua energy ni datangnya dari encik td sebab dia begitu bersemangat nak belajar.. Banyak soalan yg dia tanya.. Dan aku rasa pelajar-pelajar ni rasa tercabar.. Yela, org yg lebih tua lagi bersemangat dr diorg.. huhu~

Habis je sesi pembelajaran Math tadi, aku pun terus berborak-borak dengan encik td.. Rupa-rupanya dia belajar ni sebab nak buat preparation sebelum smbg PhD.. Wow! PhD??? Dia hanya tersenyum.. Katanya, "Dah tua-tua baru nak sambung belajar..".. "Eh, belajar ni tak kira usia.. Sampai tua kita kene belajar.. Betul tak?".. Dia pun mengangguk je..

Encik tu kata dia belajar bermula dr diploma.. Jurusan yg dia ambil pula, tentang Syari'ah, Usuluddin & Pendidikan.. PhD ni pun, kalau tak silap aku, dia nak sambung jurusan Usuluddin.. Aku tiba-tiba kagum dengan encik ni tadi.. Beliau begitu bersemangat nak sambung belajar.. Aku??? huhu~ Takpe, aku masih menunggu rezeki untuk tahun ni, tapi seandainya belum ada rezki untuk bekerja, insyaAllah aku akan sambung belajar next year.. Pray for me~
Category: 11 comments

11 comments:

azian azman said...

encik tu amek subject math form 1 ke?x paham...die amek course ape dulu?

NajLa ShuHuD said...

Akak pun xpaham sangat sbnrnye.. Dia nak amik Usuluddin tp bljr Math Form 1.. Kene belajar katanya.. Nak refresh balik..

Nur Adibah said...

Ohhoo..Da mcm nk kene observe kt kelas je bile ad org tgk kt mengajo. hihihihi. Weh, ak pn da terpk2 nk smbg blajo. Plg cpt, akhir thn ni..In case x dpt keje ttp lgla.

Nur Adibah said...

Ohhoo..Da mcm nk kene observe kt kelas je bile ad org tgk kt mengajo. hihihihi. Weh, ak pn da terpk2 nk smbg blajo. Plg cpt, akhir thn ni..In case x dpt keje ttp lgla.

IrAziz said...

Nak sambung gak.. Tunggu kewangan stable dulu... :)

NajLa ShuHuD said...

Dibut: Mmg mcm kene observe rasanya..hehe~ Tp encik tu sangat baik & bersemangat..

NajLa ShuHuD said...

Aziz: Akhirnya... ada jugak komen dr ko.. huhu~

Jom sambung!! Ala Aziz, ko punya kewangan lagi stabil kot dr aku.. wuwuwu~

Ir A.Aziz said...

@ najla - mana de. Hidup aku mcm kais sebulan, makan sebulan. Hahaha!

NajLa ShuHuD said...

Aziz, ko kais sebulan je.. Aku kais berbulan-bulan.. huhu~

Takpe, bersyukur dgn rezeki yg ada ok.. Mana tau nanti ko dpt keje engineer.. Gaji besar.. Jgn lupa aku k.. haha~

Nur Adibah said...

Ohoo...Tula. Tetibe ak rs mcm best je tgk Wee, Hajar & Farihah g smbg master kt Korea. Bestnye diorg. Diorg wat self sponsored ke ek?

NajLa ShuHuD said...

Ye kot.. Aku pun tak sure.. Nak sambung skrg ni kalau tunggu org support mmg tak tersambung la jawabnye.. huhu~