My sexy eyes~

Salam to all readers..

~My sexy eyes~... Itu statement benar okay.. hahahaha~ (perasan!!!).. Dan mataku menjadi semakin sexy bilamana aku kene ketumbit.. hihi~

Bila cakap je pasal ketumbit mesti ramai fikir aku ni ada mengintai org.. Mmg ada pun.. haha~ just joking.. Mana boleh diguna pakai dah kata-kata tu sebenanrnye.. Sapela agaknye org yg mula-mula buat mitos ni ek?? Aku nak jugak berkenalan.. (Merapu sudah..)

Ok, berbalik pada cerita ketumbit tadi.. Seminggu sebelum mata kiri aku betul-betul membengkak, mata aku mmg ade rasa sakit-sakit bila digenyeh atau digosok.. Aku langsung tak terfikir itu tanda-tanda nak kene ketumbit.. Sampaila satu hari tu, tetiba mata aku ni dah mula sakit semacam ditambah kelopak bawah mata aku jadi merah.. Barula aku teringat, yg aku ni kene ketumbit sebab aku pernah kene sekali masa belajar kat Universiti dulu.. Tapi disebabkan langkah pencegahan awal, aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. So, takdela jadi teruk mcm minggu lepas.. huhu~

Kalau anda nak tahu, mata aku membengkak seperti mata kanak-kanak ini.. Nak letak gambar sendiri malu la pulok kan..

Secara biologinya, mcm ni la keadaan mata aku tu.. Malah lagi besar!!.. Bila dah bengkak cenggini, mmg sakitnya hanya Allah yg tahu.. Mata akan jadi berair dan kadang-kadang akan berdenyut... Waktu yg paling sukar bilamana aku nak mengerjakan solat.. Especially masa ruku' & sujud.. Aku tak boleh nak buat lama-lama sebab bijik mata rasa nak terkeluar.. Mungkin sbb tekanan darah turun ke kepala kan waktu sujud.. Tapi setakat sakit sikit-sikit tu bukanla sampai jadi penghalang sampai tak solat.. (Ingat tu ye adik-adik cikgu berpesan.. Jangan tinggal solat walaupun anda sakit.. Sedangkan dlm keadaan baring pun boleh solat jika darurat)

Nak dijadikan cerita, dalam sakit-sakit ni aku kene mengajar tuisyen jugak.. Sebenarnya rasa malu jugak sebab mata dah mcm kene penumbuk sebijik.. haha~ Tapi ku gagahkan jua diri ini dengan memakai kaca mata.. (Tapi still nampak jugak..) Masuk je kelas, budak-budak dah tahan gelak tapi diorg tak berani la nak tegur.. Mungkin jugak diorg paham.. Kalau paham takpe, kalau tak, buat-buat paham sudeh... Tak cukup dengan tu, aku siap keluar shopping hadiah wedding lagi.. Masa tengah survey2 tu ada la seorg pemuda ni (tidak diketahui statusnya sama ada sudah kawen ke belom.. Tapi nampak mcm belom.. haha).. Pemuda tu siap toleh 2x kat aku.. Dalam hati, "Eh, apasal mamat ni pandang aku semacam je.. Cun sangat ke aku hari ini??" (Ayat-ayat perasan dah terkeluar..) Sekali, paaap!!!.. baru aku sedar, mata aku! Malu tak sudah la lepas tu.. kuikuikui...

Ok, setelah dikaji ketumbit ni sebenarnye boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion) tu tersumbat.Aku rasa aku kena jenis pertama tu...

Tapi jangan risau, ketumbit ni takdela merbahaya sangat sampai boleh jadi buta.. Ketumbit ni ada ubatnya.. Aku guna pakai semula ubat yg aku dpt masa kat universiti dulu.. Ia sejenis oinment.. Apply mcm ubat gigi.. Letak oinment tu di dalam kelopak mata yg sakit tadi.. Lama-lama, bengkak akan surut dengan izin Allah..

Alhamdulillah mata aku dak semakin sexy balik.. haha!.. Peringatan untuk anda sekalin.. Jagalah mata anda elok-elok ok.. Selain tu, jangan tengok benda-benda lagho.. (peringatan untuk diri sendiri juga)

p/s: Segala kata-kata yg tidak menyenangkan hati tu, hanya untuk menyedapkan ayat je.. Satu lg, segala maklumat tentang ketumbit aku rujuk di laman web Utusan malaysia Online

Category: 5 comments

5 comments:

Nur Adibah said...

Sexynye La...hahahaha. Letakle gambo mate sexy ko tu. ak nk tgk!

NajLa ShuHuD said...

Woahahahha... Sangat sexy, tu yg aku malu nak letak tu.. hahaha~

~x0x0~fixa~ said...

aku rasa jejaka yg tgk kat ko tuh minat pompuan ngan mata ketumbit la...hahaha...

get well soon...=))

NajLa ShuHuD said...

Thanks Fiza.. Ada2 aje la ko ni.. Kalaula ada lelaki minat pompuan ketumbit, aku salute mamat tu.. haha~

Nur Adibah said...

Sbb sexyla ak nak tgk. hahaha.