Kerja2 R&D di kilang

Hari ni aku x bersemangat nak pegi kerja.. Kalau x kerja dah lama aku membongkang balik lepas solat subuh.. hahaha! Nak xnak kenala gagahkan jugak diri ni untuk menjadi rajin & bersemangat.. Aku pegi kerja seorg diri hari ni memandangkan Wani naik kenderaan sendiri sbb de interview kat IEM.. Seperti biasa, aku akan amik Mida kat ofis atau dipanggil warehouse.. Lepas tu baru gi kilang untuk memulakan rutin harian menjadi minah kilang.. haha!

Sesampainye aku di kilang, Faizal pon sampai.. Dia kata dia dh kena demam.. mungkin sbb malam td dia wat OT sampai kul 10.. So anggota badannye dah melebihi had waktu bekerja yg sepatutnye (konon ceritanye).. Semalam mmg ramai yg x sihat.. terutamanya Abg Zul.. Wani plak dh kena selsema pg td.. Semoga aku kekal sihat hendaknye..



Faizal nak mintak kebenaran gi klinik tp En Hadi suh stay coz dia & En Ashok nak dtg kilang.. Alamak, ni yg x best ni.. Aku ngan Mida kenala wat2 rajin & wat2 ada kerja.. hahaha.. Berpura2 sungguh!.. Hari ni sebenarnye abg Zul cuti.. Faizal pon nak mintak cuti tp En Hadi tak bagi coz diala nadi kilang tu.. kalau Faizal xde confirm kilang x jalan.. Tapi nak xnak kilang mmg xdpt jalan hari ni sbb akhirnya Faizal dpt MC sbb dia dh x tahan sgt.. Sementara Faizal gi klinik tu, En Ashok apa lagi, dia pon tanyala pasal R&D.. Walaupun tugas tu tugas Mida, tp aku pn terlibat sama.. Macam2 soklan dia tanye.. Sampai kitorg pon pening nak jawab.. paling kesian Mida coz dia la yg kena timbang semua ramuan2 tuk produk baru.. Dahla byk.. Sabo je la Mida oi.. Nak wat mcm mana.. huhu..



En Ashok nak wat R&D tuk instant poridge di mana dia nak wat perisa baru iaitu perisa serunding ayam.. Tp keputusan yg kitorg dapat, x dapat nak teruskan sbb x praktikal.. Bila kitorg letak je serunding ayam tu dalam bubur, rasa dia dah hilang.. kalau nak letak pn mesti dlm kuantiti yg byk.. Confirmla kos pon naik.. So, x jadi..



Untuk R&D kedua ialah perisa baru dlm produk minuman kitorg iaitu coffee.. Kali ni R&D kitorg berjaya.. hehe~ Aku secara x langsung jd sensory evaluator.. Byk sgt sample sampaikan aku pon jadi pening.. Setelah melalui process percubaan yg berganda, akhirnye 2 yg terbaik telah dipilih.. Mungkin next month production tuk produk baru ni akan dijadikan bahan ujian untuk mendapatkan feedback dr customer.. InsyaAllah..




Ptg tu plak si Faizal ni x jadi balik umah w/pun dpt MC sbb dah alang2 dia kat ofis sampai tgh hari.. En Hadi sayang betul ngan Faizal sampai xmo lepaskan dia.. Sian Faizal sampai kena tido dlm ofis.. Tp kan, elok aku ngan Mida masuk keja balik ptg tu, dia tgh wat kerja basuh membasuh kereta dia.. Demam2 pon rajin giler nak basuh kereta.. aku rasa dia jeles kereta aku lg bersih dr kereta dia.. hahaha..
Korang tgk jela betapa kilatnye kereta dia.. Sampai kalau aku tersengih dr jauh pon nampak semua gigi aku.. haha.. Siap bukak tayar lagi & menyental setiap sudut keta dia.. Yg bagusnye dia ajar aku cara2 nak bukak tayar.. Susah jugak nak bukak & tukar tayar.. Kalau nak buat sorg2 mcm mustahil je.. huhu..
Kepada sesiapa nak berkenalan ngan dia leh la bgtau aku k.. Dia ni single & available.. haha.. Orgnye sgt rajin especially kalau basuh keta.. Bagi je la keta kat dia, tau la dia kerjakan kereta org tu sampai bersih.. Dia pernah tolong basuhkan kereta aku & kereta Wani.. Mmg puas hati la.. haha.. Aku ni promote si Faizal plak.. Okla, nak sambung wat PRP summary lg ni coz esok En Bakri nak dtg melawat.. huhu.. Daa~
Category: 3 comments

3 comments:

ajezahmad said...

Ko jadi sensory advisor ker? be careful ar sbb takut ada side effect. Hahaha! Aku teringat lagi time present fyp, Simma offer jem biji kurma dia kat dr yumi, tp dr yumi takut nak makan. hahaha!

ajezahmad said...

Ko jadi sensory advisor ker? be careful ar sbb takut ada side effect. Hahaha! Aku teringat lagi time present fyp, Simma offer jem biji kurma dia kat dr yumi, tp dr yumi takut nak makan. hahaha!

NajLa ShuHuD said...

Aku sama2 wat R&D tu la Aziz.. Xde side effectnye sbb ni makanan halal.. hehe..