Aku yg rapuh..

Category: 0 comments

Lihatlah hasilnye ni~

Wah.. wah.. Tiba-tiba aku merasa bangga dengan hasil tangan aku neh.. Tak sangka pulak rupanya dh byk baju aku yg dijahit manik.. hihi~

Ni kira mcm baru2 lagi, so patternnye bese2 jek.. hoho~ Tp okla kan.. kan?? Manik ni kalau jahit kat baju kain kosong mmg nampak menyerlah la sikit..



Aku ada jugak jahit kat baju yg bercorak.. Pemilihan warna manik pulak ikut warna corak.. Aku sangat suka jahit manik tabur.. Sbb lebih *blink-blink* gitu.. Time jahit manik kat baju ni mau naik berpinar & ade gak rs nak muntah sebab byk sgt.. Tgkla aku jahit manik tu rapat2.. Sampai pening kepala aku dibuatnye.. hoho~




Yg ini pulak jahitan manik pada baju yg dah siap bersulam.. Asalnye nampak biasa jek.. Tapi bila dah dijahit manik baru nampak gah sikit.. hehe~




Ada jugak manik yg aku jahit pada kain shifon.. Ni mmg menguji kesabaran sikit sebab kainnya sangat lembut dan nipis.. Kali ni mmg muntah hijau dibuatnya.. haha~




Ni pulak baju lama aku.. Nampak buruk kan?? Mmg buruk pun.. That's why la aku kasi manik.. Biar nampak segar balik.. Ni kali pertama aku guna manik mutiara.. Setelah aku survey2 gambar dlm google.. hihi~ Tetiba je dapat idea nak buat pattern cenggini.. Ok la kan?? Bila dah siap jahit, aku asyik nak tergelak je sbb manik mutiara yg aku beli ni terlampau besar la pulok.. Kebetulan mmg tak ada jual yg kecik.. Rembat je ler.. kui3~




Ni yang the latest.. Baru siap last week ok.. Tapi aku paling suka yg ini.. nampak lebih simple sikit.. Asalnya ada manik sebaris hitam merah tu je.. Pahtu aku upgrade kasi 'over' sikit.. haha~




Sibuk jahit baju sendiri jer.. Padahal ada 1 lg baju mak aku tak siap2 lg dr tahun lepas.. huhu~ Sbb rumit sgt & banyak lapisan.. Nak kuar beli manik pun dh maleh.. Sabo je ler.. Sorry ye mak, La akan cuba siapkan jugak.. hee~
Category: 9 comments

Dah pergi

Dah lama nak menulis pasal bende ni tp tergendala.. Rasenya dah cukup seminggu haiwan peliharaan kami xde.. Memerang peliharaan kami telah mati akibat cedera diserang haiwan lain.. Haiwan apa tu kami tak pasti.. Tau2 esok pagi dia dh merengek & mengerang kesakitan.. Dlm byk2 haiwan peliharaan kami, inilah yg paling kami rasai pemergiannya.. Sebabnya, dia adalah haiwan yg paling aktif & manja dengan tuannya.. huhu~

Apakah itu?



Ya, inilah dia memerang kami.. Kitorg x bagi nama kat dia sbb xpayah panggil nama pun dia dh kenal tuannya.. Setiap kali nampak kelibat kitorg, dia akan bising nak bermanja.. Ada saje gaya dia yg ditunjuk dgn harapan, kitorg akan main dgn dia.. Kalau xmain pun, dia akan mintak ikan sambil menadah tangan..

Tapi sekarang tinggal kenangan semuanya.. Bayangkanla, kitorg mmg jaga dia dr kecik lg.. Masa tu masih menyusu lg.. Anak memerang ni sebenarnye pemberiaan kawan bapak aku.. Dia jumpa di bendang.. Disebabkan kawan bapak aku tu tau yg bapak aku mmg sukakan haiwan, jadi dia pun bagila.. Masa kecik, mmg sgt cute.. Lihat saja gaya dia menyusu.. hehe~

Setiap kali kalau aku tukar air dlm bekas tmpt dia mandi & makan, aku mesti main air dengan dia.. Kalau korang nak tahu, memerang ni mmg suka main air.. Kalau kita bg makan ikan, dia mesti celup ikan tu dulu dlm air baru dia nak makan.. Yg peliknya, dia sangat sukakan ikan beku berbanding biasa.. Tapi, kitorg xdela selalu bg mkn ikan.. Ikan hanya untuk sarapan & mkn malam sahaja.. Waktu lain, kitorg akan bg frieskies.. Yg ini pun mesti mau letak dlm air, kalau tak, dia tak mau makan.. Mengada sungguh..

Paling tak boleh lupa, setiap kali tuan dia balik rumah, dia mesti menjerit manja minta perhatian.. Tapi sekarang, bila balik umah, dah xde sambutan suara dr dia dah.. huhu~
Category: 0 comments

Kelakar

Adik2 aku suka sangat tgk 3 idiots ni.. Mmg klakar pun citernye.. Part paling best masa Amir Khan nyanyi ng Kareena.. Amir Khan nampak sgt cute & ensem.. hehe~

Category: 0 comments

Cinta Pelajar Sains

Daku: Kasihku, KETUMPATAN cintaku padamu adalah JISIM hatiku dibahagi ISIPADU jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu?

Kamu: aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan proses TINDAK BALAS PENUKARGANTIAN seperti dalam kimia organik ke atas diriku.

Daku: Kau jangan terkesima dan menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini, kerana daku dan dia masih lagi UNSUR dan bukannya SEBATIAN sama ada HOMOGENOUS atau HETEROGENOUS.

Kamu: Tapi, aku berasa seperti kasihmu BERKADAR SONGSANG 1/X dengan kesetiaan yg kuberikan. ISIPADU cintaku tetap tak berubah walaupun pada tekanan maksimum dan suhu minimum.

Daku: Tapi, cinta dan kasih sayangku padamu adalah PEMALAR....

Kamu: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Daku: Tapi, aku menggunakan prinsip HUKUM NEWTON KETIGA yang mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kamu: Kau jangan bohong! Daku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji2 manis yg bergerak secara RAWAK. Langsung cintamu BERLANGGARAN DGN DINDING bekas hati kekasihmu yg lama.

Daku: itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui PROSES PANCARAN dan PEROLAKAN.

Kamu: Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami RINTANGAN?

Daku: Daku harus menggunakan PERINTANG BOLEH LARAS untuk mengurangkan rintangan itu.

Kamu: Adakah kita akan BERPADU SECARA KIMIA?

Daku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan MIKROSKOP ELEKTRON kerana cinta kita terlampau halus tulus dan mulus.

Kamu: Daku khuatir kau akan bertemu dgn seseorang yg lebih AKTIF dan bertindak balas dgnnya.

Daku: Nampaknya, kita sedang bercinta TIGA SEGI dan bakal membentuk cinta POLIGON dan haruslah menggunakan hukum-hukum PENYELESAIAN SEGI TIGA untuk menyelesaikannya.

Kamu: Tapi, aku telah memberi cintaku dlm MAGNITUD dan ARAHNYA sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Daku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dlm bentuk LAZIM. Bukan dalam bentuk PERAMAAN SERENTAK atau QUADRATIK.

Kamu: Itu semua boleh diabaikan, yg aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami PECUTAN YG SERAGAM.

Daku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kamu: Tapi, imanku adalah INFINITI!

Daku: Aku tidak fikir yg iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10^23 (PEMALAR AVOGADRO)

Kamu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila TEKANAN dlm badanku melebihi tekanan atmosfera luaran, hatiku mencapai suhu takat didih kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami HEMOLISIS. TEKANAN WAP aku berkurang... aku akan jatuh sakit.

Daku: Aku sekarang bukan yg dulu lg. Daku telah mengalami PLASMOLISIS.

Kamu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau INTAN, tetapi rupa-rupanya kau GRAFIT. Pergi kau dr sini.

Biarkan aku sendirian ... Seperti mana unsur dalam GAS ADI JADUAL BERKALA KIMIA..

Terhibur gakla bila baca mende ni.. hehe~
Category: 0 comments

Kejap je lagi~

Salam semua..

Kejap je lagi nak masuk tahun 2011.. Rasenye tahun 2010 ni macam sekejap je.. Macam2 yg berlaku sepanjang tahun ni.. Ada azam aku yg tercapai (Alhamdulillah) & ada yg tidak.. Walau apa pun akan ku cuba untuk laksanakannya tahun hadapan.. InsyaAllah..

Dah pasang azam baru? Mesti mcm2 kan.. Aku pun ada jugak.. Tapi takmo bgtau.. hehe~ Apa yg penting, nak tinggalkan segala kesedihan tahun ni.. Semoga tahun depan lebih ceria & lebih bermakna..

Selamat datang 2011!!



Kepada bloggers & followers, aku doakan kalian berjaya & semoga tercapai azam untuk tahun 2011 ni.. (^_^)
Category: 0 comments

Emosi sana sini..

Salam semua...

Hari ini mood aku weng sikit.. "Biasalah perempuan.." (Itu jela pun yg slalu semua org dok ckp..huhu) Tapi sejujurnya mmg hari ni aku agak beremosi sikit.. Macam-macam perkara yg menerjah dlm kotak fikiran aku.. Lepas satu.. satu.. Cuba nak buang jauh-jauh tapi degil.. Asyik dtg jugak.. Terasa sesak nafas sebenarnye..

Aku sesak nafas dengan soalan dr mulut org ramai yg bertanya "Bila nak kawen?" "Dah ada calon belum?" "Umur dah meningkat tu.." "Memilih sangat kot.." Mula-mula bolehla sekadar senyum je.. Lama-lama naik muak jugak.. Tapi, aku xdela salahkan mereka-mereka yg bertanya untuk ambik berat.. Tapi serius aku dah bosan.. Sedih pun iye jugak sebenarnye.. Manakan tidak, kalau aku ni lelaki takpe kot.. Ini pompuan, lagila org sibuk bertanya.. Selama ni aku cuba untuk tak mahu memikirkan sangat.. Aku yakin dgn rezki yg Allah nak bagi.. Dengan mcm2 kes rumah tangga yg berlaku kat Malaysia skrg ni.. Perkahwinan tu dah jadi bende mainan.. Tak maula kawen tu sbb usia dah lanjut so, rembat jela sesapa pun.. Ish, mn boleh!

Kenela tau latar blkg orgnye dulu.. Serasi atau tidak.. Keturunannye, agamanya lagi.. Memangla semua org tu takde yg perfect.. Bukan nak cari kesempurnaan tapi keserasian dan penerimaan yg seadanya.. Itu lebih baik.. Tipula kalau aku ckp aku tak cemburu bila tgk kawan-kawan yg lain dh berumah tangga & dh bertunang.. (Aku doakan kepada mereka semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Amin)

Aku sekarang ni cuba untuk tak berapa ambik peduli dgn kata2 yg kadang2 tu mmg menyesakkan nafas.. Skrg ni hanya doa yg menjadi kekuatan.. Kepada kawan-kawan yg mengalami nasib yg sama, mungkin anda juga merasai benda yg sama.. Betul tak? Usah bimbang.. Kitakan ada Allah.. Allah maha mengetahui.. Allah mengetahui bila masa yg terbaik untuk ketemukan anda dgn jodohmu.. Cuma kita sbg hambaNya, jangan berhenti berdoa.. Ada himahnye kenapa jodoh tu sampai awal atau lambat.. Cuma, kalau sudah ditakdirkan hidup membujang, kita kenela redha..

Selain soal jodoh, aku jugak sesak dgn soalan ttg kerja.. Aku kadang2 cemburu dgn kawan2 dah berjaya dpt kerja yg tetap.. Tahniah untuk mereka.. Kalau org bertanya, aku sekadar menjawab, "belom ada rezki lagi.." dpt keje kontrak pun dah kira bersyukur dr takde kan.. Pagi tadi, mak aku ada bertanya, "La taknak sambung master ke?".. Aku sebenarnye tak dpt nak bagi keputusan yg pasti.. Mmg rasa nak sambung bila memikirkan susah betul nak dapat kerja.. Tapi aku baru je tolak tawaran master hari tu.. Sbb masalah kewangan.. Hutang pun belum bayar lg.. Ntahla, rasa bercelaru bila difikir balik.. Sekarang ni, apa yg aku buat, aku isi je seberapa byk jawatan yg berkenaan.. Kalau ada rezki dipanggil tu, ada la.. Sekali lagi nasihat aku, jangan berhenti berdoa..

Ok kawan-kawan, aku sebenarnye tgh cuba untuk memotivasikan diri ni.. Cuba untuk berfikiran positif.. Cuba mambuang jauh-jauh aura negatif.. Cuba untuk mengumpul kekuatan.. Cuba untuk menjadi hamba Allah yg bertakwa.. Pendek kata, cuba untuk ke arah yg baik-baiklah.. Hopefully anda pun begitu juga.. Erm, sbg penutup dgrla lagu ni.. Aku selalu jugak dgr lagu ni berulang kali..



Cuba - Aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Category: 5 comments