Cinta Pelajar Sains

Daku: Kasihku, KETUMPATAN cintaku padamu adalah JISIM hatiku dibahagi ISIPADU jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu?

Kamu: aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan proses TINDAK BALAS PENUKARGANTIAN seperti dalam kimia organik ke atas diriku.

Daku: Kau jangan terkesima dan menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini, kerana daku dan dia masih lagi UNSUR dan bukannya SEBATIAN sama ada HOMOGENOUS atau HETEROGENOUS.

Kamu: Tapi, aku berasa seperti kasihmu BERKADAR SONGSANG 1/X dengan kesetiaan yg kuberikan. ISIPADU cintaku tetap tak berubah walaupun pada tekanan maksimum dan suhu minimum.

Daku: Tapi, cinta dan kasih sayangku padamu adalah PEMALAR....

Kamu: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Daku: Tapi, aku menggunakan prinsip HUKUM NEWTON KETIGA yang mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kamu: Kau jangan bohong! Daku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji2 manis yg bergerak secara RAWAK. Langsung cintamu BERLANGGARAN DGN DINDING bekas hati kekasihmu yg lama.

Daku: itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui PROSES PANCARAN dan PEROLAKAN.

Kamu: Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami RINTANGAN?

Daku: Daku harus menggunakan PERINTANG BOLEH LARAS untuk mengurangkan rintangan itu.

Kamu: Adakah kita akan BERPADU SECARA KIMIA?

Daku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan MIKROSKOP ELEKTRON kerana cinta kita terlampau halus tulus dan mulus.

Kamu: Daku khuatir kau akan bertemu dgn seseorang yg lebih AKTIF dan bertindak balas dgnnya.

Daku: Nampaknya, kita sedang bercinta TIGA SEGI dan bakal membentuk cinta POLIGON dan haruslah menggunakan hukum-hukum PENYELESAIAN SEGI TIGA untuk menyelesaikannya.

Kamu: Tapi, aku telah memberi cintaku dlm MAGNITUD dan ARAHNYA sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Daku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dlm bentuk LAZIM. Bukan dalam bentuk PERAMAAN SERENTAK atau QUADRATIK.

Kamu: Itu semua boleh diabaikan, yg aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami PECUTAN YG SERAGAM.

Daku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kamu: Tapi, imanku adalah INFINITI!

Daku: Aku tidak fikir yg iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10^23 (PEMALAR AVOGADRO)

Kamu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila TEKANAN dlm badanku melebihi tekanan atmosfera luaran, hatiku mencapai suhu takat didih kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami HEMOLISIS. TEKANAN WAP aku berkurang... aku akan jatuh sakit.

Daku: Aku sekarang bukan yg dulu lg. Daku telah mengalami PLASMOLISIS.

Kamu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau INTAN, tetapi rupa-rupanya kau GRAFIT. Pergi kau dr sini.

Biarkan aku sendirian ... Seperti mana unsur dalam GAS ADI JADUAL BERKALA KIMIA..

Terhibur gakla bila baca mende ni.. hehe~
Category: 0 comments

0 comments: