Dah pergi

Dah lama nak menulis pasal bende ni tp tergendala.. Rasenya dah cukup seminggu haiwan peliharaan kami xde.. Memerang peliharaan kami telah mati akibat cedera diserang haiwan lain.. Haiwan apa tu kami tak pasti.. Tau2 esok pagi dia dh merengek & mengerang kesakitan.. Dlm byk2 haiwan peliharaan kami, inilah yg paling kami rasai pemergiannya.. Sebabnya, dia adalah haiwan yg paling aktif & manja dengan tuannya.. huhu~

Apakah itu?



Ya, inilah dia memerang kami.. Kitorg x bagi nama kat dia sbb xpayah panggil nama pun dia dh kenal tuannya.. Setiap kali nampak kelibat kitorg, dia akan bising nak bermanja.. Ada saje gaya dia yg ditunjuk dgn harapan, kitorg akan main dgn dia.. Kalau xmain pun, dia akan mintak ikan sambil menadah tangan..

Tapi sekarang tinggal kenangan semuanya.. Bayangkanla, kitorg mmg jaga dia dr kecik lg.. Masa tu masih menyusu lg.. Anak memerang ni sebenarnye pemberiaan kawan bapak aku.. Dia jumpa di bendang.. Disebabkan kawan bapak aku tu tau yg bapak aku mmg sukakan haiwan, jadi dia pun bagila.. Masa kecik, mmg sgt cute.. Lihat saja gaya dia menyusu.. hehe~

Setiap kali kalau aku tukar air dlm bekas tmpt dia mandi & makan, aku mesti main air dengan dia.. Kalau korang nak tahu, memerang ni mmg suka main air.. Kalau kita bg makan ikan, dia mesti celup ikan tu dulu dlm air baru dia nak makan.. Yg peliknya, dia sangat sukakan ikan beku berbanding biasa.. Tapi, kitorg xdela selalu bg mkn ikan.. Ikan hanya untuk sarapan & mkn malam sahaja.. Waktu lain, kitorg akan bg frieskies.. Yg ini pun mesti mau letak dlm air, kalau tak, dia tak mau makan.. Mengada sungguh..

Paling tak boleh lupa, setiap kali tuan dia balik rumah, dia mesti menjerit manja minta perhatian.. Tapi sekarang, bila balik umah, dah xde sambutan suara dr dia dah.. huhu~
Category: 0 comments

0 comments: