Tabahkan hatimu duhai sahabat~

Pagi Rabu baru-baru ini, aku menerima satu panggilan dari nombor yang tidak aku kenali.. Rupa-rupanya panggilan itu datangnya dari sahabatku Diba.. Panggilan yang tak disangka.. Jantung aku dah berdegup kencang.. Seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.. Diba bgtahu yang ayahnya dikejarkan ke hospital disebabkan kemalangan.. Aku hanya mampu menyuruh sahabatku bersabar.. Tangan aku menggigil dengan dasyatnye.. Aku terus memberitahu rakan-rakan yg lain supaya mendoakan keselamatan ayah Diba..

Belum pun sempat aku habis menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakan, Diba menelefon aku semula.. kali ini berita yang aku sendiri langsung tak jangka.. bagai mahu gugur jantung aku mendengarnya.. Aku sendiri tak mampu nak buat apa-apa dek disebabkan terlampau terkejut.. Ya Allah, sungguh pantas semua ni berlaku...

Sempat aku dan beberapa rakan yang lain diketemukan dengan Diba di bumi Mersing dgn izin-NYA.. Terima kasih Ya Allah.. Aku tahu, di saat sebegini, seorang sahabat memerlukan sokongan.. Aku sendiri sampai sekarang seperti masih tak percaya.. Tetapi Allah itu maha kuasa dan maha mengetahui.. Ujian ini sesungguhnya sangat berat buat keluarga Diba.. Apatah lagi buat sahabatku sendiri.. Aku tak dapat bayangkan jika dugaan ini berlaku pada diri aku sendiri.. Kuatkah aku untuk mengharunginya? Mampukah aku?

Buat sahabatku Diba, semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini... Kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog aku ini, marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat ayahanda sahabatku, Allahyarham Md Azman.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang salleh.. AL-FATIHAH....
Category: 5 comments

5 comments:

Nur Adibah Md Azman said...

TQVM!!Jasamu akan ku kenang..

Anonymous said...

takziah for keluarga your fren..Diba...najla actually the rachelbella nyer blog tu sy yg punya...-munirah..hehhehe...exclass mate mrsm jeli....ala yg pg rmh najla hari tu..just use that name..saje je tak nak dikenali..wink2...

NajLa ShuHuD said...

Oho.. ok2, akhirnye.. ngeh3..

Unknown said...

salam takziah buat keluarga diba..moga roh Allahyaraham dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan para solehan..AL-FATIHAH

kuatkan hati..tabahkan iman..

Nur Adibah Md Azman said...

TQ sume...Al-Fatihah utk arwah ayah.